Scalling gigi


Pernah tak kalian 'scalling' gigi? scalling itu mencuci gigi.

Alkisahnya semalam daku dalam seumur hidup ni tak pernah langsung lah mencuci gigi ni. Maka daku pun pergi lah dengan perasaan tiba-tiba. Kalau benda yang dirancang memang susah nak jadi aku ni, tapi bila dah tetiba penyelia projek tak ada. Maka kaki aku ni jalan laju je pergi Pusat Kesihatan Universiti.

Masa memula tu takut jugak lah, sebab dorang kata rasa ngilu yang teramat dan seangkatan dengannya. Tapi aku redha dan redah je. Nak dapat gigi cantik lah konon.

Dokter gigi dia sangat nice dan friendly!

Tapi kan aduhai, mana lah kita ni nak sangka selama ni gigi kita yang kat dalam-dalam tu memang berkeladak gila. Uweeek! sila jangan geli dan muntah. Hehe. Masa kumur-kumur tu rasa macam batu bata jatuh dari mulut. Betapa banyaknya karang dalam batu yang dah bertahun-tahun kita simpan. Berdarah tu pulak memang sudah pasti.

Dan sekarang gigi aku dah sangat bersih dan sangat putih.

Korang yang belum pernah buat tu, boleh dah pergi. Aku sangat sarankan dan hasilnya berbaloi-baloi.

Maka aku nak berkempen "Jum jaga kesihatan gigi!" :)


Comments

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA