Part 1 : Bakal Menjadi Kenangan


||Bermula hari ini sampai 8hb 5 2011 akan ada part-part special lah kunun. Seumpama cerita-cerita imbas kembali dan imbas muka sepanjang apa yang aku rasakan mungkin apa yang ingin aku kongsikan, juga barangkali sepanjang pengalaman aku kat bumi Serdang ni.|| :)

Sila jangan bosan dengar celoteh aku.

***

Tinggal seminggu je lagi untuk aku duduk di bumi hijau Serdang ni. Dalam masa seminggu ni jugak untuk aku enjoy sebagai seorang student. Cepat je masa berlalu. Dulu aku mendaftarkan diri masa tahun 2008, aku rasa masa tu, adoi lamanya 3 tahun tempoh belajar nih. Tapi sekarang dah habis dah, tinggal sisa-sisa yang ada ni perlu aku manfaatkan agar aku tak kerinduan nanti dengan suasana dan keadaan seperti sekarang ini.

Pabila aku dah bekerja kelak, aku yakin dan pasti. Tak ada dah istilah bangun lambat 10 kali seminggu! omg.

Tak boleh dah nak shoping moping pakai duit ptptn tuh. Yang aku boleh bila dah kerja kang, bayar lah duit HUTANG ptptn yang bakal membuatkan aku kayap. Masa aku pakai duit yang ada sekarang ni, memang tak ingat langsung yang aku ni pakai duit hutang-hutang belaka. Mungkin sebab-sebab macam inilah, ramai orang kat luar sana liat bayar hutang-hutang yang ada. Nauzubillah. Harap aku bukan dalam kalangan mereka. InsyaAllah.

Ok.

Untuk aku kembali menjadi seorang student di universiti lagi dalam masa yang terdekat, aku rasa lama akan muncul masa tu. Tapi aku harap akan kembali lagi di bumi Serdang ni sebagai student Master dan phD barangkali. Pada masa itu mungkin, aku berMaster sambil ditemani suami dan juga seorang anak, dua atau tiga orang anak ye. Oh cukuplah sekadar tiga maksima! Senang untuk aku usung mereka ke sana sini dengan menaiki kereta, kalau dah penuh-penuh sangat kena beli mpv mahal pulak kan. Juga aku perlu ingatkan, seorang bakal suamiku haruslah perlu memahami dan memberikan aku green light untuk belajar dan belajar. Kalau rasa tak bagi bini belajar, nak suruh aku ni berkepit je 24 hours, nak suruh aku masak 10 kali sehari. Sila beredar sekarang. Sebab aku nak kerja dan bukan suri rumah 25 jam. ( Berangan.)

berangan 3 orang seperti INI


Kalau anda yang membaca ini berangan mahu seorang isteri yang melahirkan anak yang ramai untuk anda. Sila beralih ke halaman lain. Kerna aku belajar untuk menerapkan misi, melahirkan anak yang berkualiti dan bukan kuantiti. Keh keh keh. (sekadar perancangan) entah kahwin entah tak. T_T

Entah apalah yang aku dok merapu ni. Tapi ringkasnya, aku mahu menjadi seseorang yang serba boleh bila habis belajar kelak. Mahu menjadi insan yang sempurna walaupun hakikatnya mana mungkin kita akan sempurna 100% der. Tapi berusaha sempurna itu tidak salah.

Comments

Anonymous said…
baguslah
tp kena kumpul duit byk2 nak sambung belajar
HEROICzero said…
congratz hey.

Alhamdulillah. =)

gud luck in d future. semoga apa yang dirancang, menjadi kenyataan.

yang penting, usaha.

=)
ABSOLUTE said…
berangan tu bagus. hehe. duit ptptn pelan2 bayar, inshaallah boleh habis bayar. guna dah habis dah. hahaha

sambung belajar bagus, kumpul duit lagi :))
ghost said…
uish..lahirkan anak yang berkualiti bukan ikut kuantiti..hihi.

nanti cik anita dah kawen lain lak yang jadinya...hihi

apapun moga impian tuh dapat dicapai dan mendapat kerahmatan illahi.
puanstoberi said…
duit ptptn tu nati if da keja, cpt2 bayau tau..kut tak dia nyer interest tu tak tahan. dia oke je. serendah 50inggit pun dah oke bayar tetiap bln.

pasal surirumah. oh. akak kalo dpt asben yg leh kasik akak sama cam gaji akak dpt ni skang, mmg akak jd surirumah jer... pening oh nak pikir masalah negara. eh??!! hahahahah
taniah..cik anita..kak ita bangga..dengan ita bersemangat...taniah ok..teruskan perjuangan ke pringkat yg lenih tinggi tau...
YouSOF said…
Saya bawak lampu hijau untuk Anita... ;P



Jaga benar memory indah masa belajar tu dalam ingatan kepala mu ok... ;)




Yang terbaik ok!
ekin said…
comel2 anak cik anita...:) mix ke?

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA