sahabat baik frindsterku kahwin!

Tahniah Amir :) Ini cerita 20hb lepas.




sama cantik sama padan :)

Masa zaman-zaman friendster dulu gelamor, aku TERkenalan dengan seorang mamat yang aku kira sangat menyibuk suka-suka hati nak tegur aku di fs. Tiap kali aku upload apa jer picca, komferm dia akan komen pada picca-picca yang ada. Tapi bukan komen yang memuji ke bagai, semua komen-komen hampeh dan konon nak buat lawak tapi tak jadi. Dia juga kata muka aku macam Salmiah Gamal. Sapa tu? Sampai sekarang aku tak kenal siapa. Nak google pun aku malas. T_T

Tapi disebabkan kesungguhan dia yang bersungguh-sungguh setelah bertahun-tahun kacau aku, berlaku kes bertukar nombor fon. Maka tahun 2008 aku secara tak sengaja TERjumpa dia. Kebetulan aku tengah tunggu bas, dan kebetulan jugak dia ada kat area tempat itu. Maka berjumpalah kami dengan masa yang sekejap tapi bagi aku best sebab walaupun 1st time jumpa, tapi kitorang sangat tak kekok.



Bermula dari tu, aku mula berYM dan bermesej dengan dia tiap hari. Bukan setakat mesej tapi selalu jugaklah keluar jenjalan. Tapi bukanlah berdua, kitorang keluar ramai-ramai. Dia kenal kawan-kawan aku, aku pun kenal dengan kawan-kawan dia. Dia jugak akan datang raya rumah aku tiap-tiap tahun walaupun perjalanan hampir tiga jam. Tapi aku datang raya rumah dia baru sekali je.


bff Amir.

Ini waktu dia dan kawan-kawan datang raya. Muka wajib datang tiap tahun.



Hampir jugaklah kitorang masing-masing terjatuh hati.tehehe :D tapi disebabkan masalah-masalah tertentu, juga masalah aku dah ada bopren pada masa itu. Maka kitorang bersahabat baik sajalah. Ye! Memang betul-betul baik. Dia ada masalah, dia akan mengadu dengan aku. Sama jugak dengan aku.

Tapi sekarang dia dah kahwin pun. Dan aku dah tak berhubung dengan dia terus. Sebab aku nak menjaga hati isteri dia.



Ni last picca yang kitorang g holiday beramai-ramai ke Pangkor! :))



Selamat berbahagia Amer! Semoga hubungan kau dengan Azziya akan berkekalan hingga akhir hayat. Amin. :)





***aku yang pakai baju purple datang masa dia kahwin. Tak sempat nak ambik gambar sesama kat pelamin.



Dan aku rasa, inilah sahabat terakhir yang paling baik dengan aku yang aku kenal dalam dunia maya yang aku rasa baik dan boleh dipercayai. Susah sebenarnya nak percaya dengan orang yang kita tak tahu asal usulnya.

Comments

comel mereka..

tahniah,slmt pgntin baru buat mereka..
ghost said…
platonic.tersimpan perasaan suka dan sayang pada kawan itu perkara biasa bila kita menjadikan hubungan kita menjadi suatu yang sangat erat.tapi dengan kawalan hati,ia mampu menyingkirkannya.

kawan kita tetap kekasih kita dalam erti kata lain.
cik dila said…
haha,hampir terjatuh hati. uwww.
kau nak kawen nnti jgn lupe jemput naa.
Teratak pena said…
eh..eh... yang sebelah tu sapa yek?
Marlina Mohtar said…
betul tu...mmg payah nak cari kawan yg betul2 baik dan boleh dipercayai sbb ada juga kawan 'makan' kawan ... huhu
Oh Lady said…
kawin kawin kawin kan..bila la kite nak tawen ni hehe sweet :)
Cik Anita said…
@ghost writer

dalam erti kata lain, sukar untuk berkawan rapat yang berbeza jantina. kerna pasti akan datang rasa antara mereka :D
Cik Anita said…
@cahayabintang

AKU LAMBAT AH!
tggu ko dulu.huehue
Nurul Yaqeen said…
vavava..kalo ko jadi ngan dia, mesti da makan nsik minyak ko kan.. :P

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA