Ikhlaskan hatiku untuk bekerja Ya Allah...
Salam.
Di pagi isnin aku dah mengeluarkan status untuk memotivasikan diri di FB. Dan secara tiba-tiba aku teringat akan kata-kata kak reen a.k.a puan stoberi yang pernah menyatakan selamat datang ke alam pekerjaan dan dugaan kerja yang macam-macam tempoh hari.
Di pagi isnin aku dah mengeluarkan status untuk memotivasikan diri di FB. Dan secara tiba-tiba aku teringat akan kata-kata kak reen a.k.a puan stoberi yang pernah menyatakan selamat datang ke alam pekerjaan dan dugaan kerja yang macam-macam tempoh hari.
Ya.
Pagi ni sebenarnya aku dah terasa down ya amat-amat. Hari ni genap 3 minggu aku kerja kat sini. Tapi aku terasa seolah-olah terkial-kial nak menyiapkan apa yang perlu disiapkan. Juga sebab aku rasa report yang aku hantar ke opis KL minggu lepas sangat banyak salah dan menyusahkan ramai pihak. Termasuk bos dan leader aku sendiri. (dah berpuluh kali aku cek, tetap ada jugak salah) T_T
Walaupun bos dan leader aku tak pernah memarahi aku, tetapi aku sedar akan perubahan air muka leader aku yang sangat keruh dan tak nak senyum pada aku pagi tadi. Sedangkan hari-hari biasa dia pemurah senyuman. Maka aku berpikiran positif bahawa beliau tidak sihat.
Tapi.
Aku juga sangat terasa hati pabila kerja yang aku buat dibanding bezakan dengan pekerja lama yang berhenti sebelum ini. Tidakkah mereka sedar bahawa aku terlalu baru dalam bidang kerja ini. Bahkan lari terlalu jauh dari bidang yang aku pelajari.
Juga aku mahu menegaskan, bahawa mahu meneruskan kerja yang ditinggalkan, dan tertangguh oleh orang yang sebelum ini dengan kefahaman aku yang sangat kurang, membuatkan aku banyak termenung dan memerah otak aku yang sangat lembap dengan kira-kira.
Sehinggakan terdetik aku mahu berhenti kerja pagi ini. Hurm.
Tetapi aku terus mengingatkan diri aku, bahawa bekerja itu suatu perkara yang menggembirakan. Aku perlu gembira pergi bekerja agar semuanya berjalan dengan lancar. Tetapi tidak sebenarnya. Maka aku perlu kuat semangat dengan cabaran yang hanya sekecil kuman!
Kalau aku berhenti kerja pun, aku tetap akan menempuh dugaan di tempat kerja baru. Barangkali lebih teruk dari ini.
Benar bukan?
Maka, aku berharap padamu Ya Allah. Ikhlaskanlah hatiku untuk bekerja. Amin.
bersama akak-akak opis department lain.
Comments
oke memang sabarrrr! tengs sayang.
tengs Mira :)
terima kasih kak Nita :)
sayang!
rindu sangat kat kau lah. kalau kau ada, aku nak peluk2 kau..hurm.
oke tq~
hope ko pun kerja rajin2 ye. belanja aku makan..huehue