Perihal Baju Raya! :)
Salam.
Soalan aku, korang dah beli baju raya? Mesti dah la tuuuu... :D
Aku belum.
Maka tahun ni baju raya dah tak suruh mak jahit sendiri, sebab dah kerja lah konon. Tak mau nyusahkan mak, then aku nak pergi beli sendiri. Beli yang dah siap saja. Senang dan cepat! Sebab kalau nak tempah pun, tukang jahit pun dah tak nak ambik.
Baju raya aku tahun ni tema kaler oren. Aku belum pernah beraya sepanjang hidup dengan baju oren yang terang benderang. Tapi tahun ni aku nak!
Nak yang macam ini!!! (sumber)
Aku dah hampir menangis pagi ini sebab tergoda dengan baju yang seperti di atas. Jugak menangis bila tengok harga dia. Syahdu gila!
Over sangat ke tak ye? aku perlu cari baju yang mengancam macam ni ekceli, sebab aku nak pakai baju ni untuk kakak aku kahwin akhir tahun ni. Jadi jimatlah kat situ nanti tak payah modal lagi beli baju. (bukanlah minat kaler oren sebenarnya)
Bila dah ada baju yang cantik, maka kasut cantik pun harus ada. Aku tak tahulah kenapa aku ni gila kasut, sampaikan family aku pun geleng kepala bila tengok kasut aku je yang tinggi-tinggi dan banyak. Last-last bersepah camtu je.
Jatuh hati dengan heels ini. Sila lah kau bertukar menjadi putera raja. (sumber)
*tapi aku dapat rasa, dua-dua di atas agak mustahil untuk aku dapat. :)
Comments
baju kurung warna oren tuh terlalu halus buatannya.macam nak dipakai ketika bersanding dan menghadiri majlis formal jer..kalau aku lelaki yg ada di situ pasti aku menjadi salah seorang yang memmandang tanpa kedip.
enna sayang. gojes sangat kah? itu hanya angan2 dan impian..entah terlaksana entah tidak~ hihi
nak duit raya?
meh dtg Perak meh..
yeshhh!
sudah semestinyaaaa
ouh really?
tapi ia memikat hatiku yang amat-amat! aish.
mata kau memang gatal lah bisk! muahaha
sebab cantik la Nita pun berkenan. Warna tema raya akak tahun ni warna apa??
ala..
Nita memang suka pakai heels lah! :P
gojes sampai menitik air mata aku!
adeh
Tak rela aku pakai kasut tinggi2 nih..