Rayaku di seponsor :)

Assalamualaikum...


Semua orang dah cerita pasal raya-raya aku rasa. Aku baru nak cerita ni ha. Tapi bukanlah pasal raya yang betul. Tu nanti ada idea entry raya yang lain. Sekarang ni aku nak cerita pasal baju raya aku tahun ni adalah tajaan BONDA tersayang!


Sungguh tak malu aku nih, dah kerja pun mak belikan baju raya. Niat di hati nak gurau-gurau, tapi mak belikan bebetul baju raya ini. Apa lagi, memang kegembiraan lah aku jadinya. Baju raya oren di bawah ini...


tadda...

(abaikan muka ku yang tettt)


"Lihat badanku, ramping kan?..."

(aku pun tatau kenapa aku buat gaya cam atas ni. mungkin nak cakap camtu. :P )



Bukan setakat baju raya je aku dapat, barang-barang lain pun ahli keluarga aku taja. hihi. Antaranya:

Anak panah oren : high heel aku tu Kakak sulung aku belikan. Mekasih! :D

Anak panah kuning: Broach bunga-bunga panjang tu Kakak aku belikan. Thanks! :D

Anak panah ungu: Baju raya oren. From Bonda! Thank youuu... :D

Anak panah putih: Broach Kak Reen bagi! Terima kasih!! :D


Hand bag tak beli, guna je hand bag lama. Yang aku beli hanya selendang oren itu sahaja yang bernilai RM10. Sungguh jimat raya aku. hehe.


Ada satu lagi baju raya kakak aku yang belikan sempena hadiah hari jadi. Tak ada picca yang berkaitan, nanti kalau ada aku buat pameran. huahua.


p/s Lapar lah.. kruuukk kraaakk perut aku.

Comments

Rizziela said…
Syoknya kena taja..saya x ada orang nak taja...kena taja utk orang adalah (tp en hubby belikan sepasang baju) jadilah dari tak ada langsung kan :D
puanstoberi said…
owh. terharu..ada gak tajaan akak di situ. Hihi.

Wah..u look nice in oren la dear :)
::EIDA:: said…
Seronoknya ditaja !!

Ida yang menaja orang adalah.. hikhikhik
Myra Arshad said…
untungla kak, semua org sponsor. lahaii. retiss katakan. hihihi :p
seronoknya nita..nak jadi anak anak angkat mak nita lah..cantik lah baju raya warna oren..tahun depat lah kak ita nak buat 1 family warna oren....he..he best tak...
dila said…
eh,ko ni puasa ke x?bdn agak ramping disitu...tp tang muke,bulat semanggkuk wei..hepi ka?bahagia ka? frust ka?
suri said…
salam ..
cik nita urk org lain tak der wet raya ker hee...

cantik2...brpa baju raya tahun ni?
Cik Anita said…
@Rizziela

lah..

encik suami dah belikan tu kira oke sangat lah! ada jugak lah kan yang nak taja.. hihi..
Cik Anita said…
@PUANSTOBERI

hehe.

itulah dia, berguna sangat hadiah akak tu. Siap pakai pagi raya lagi..

Thanks! <3
Cik Anita said…
@::EIDA::

memang seronok! tapi tahun ni jelah.. tahun depan macam dah tak dapat kott..hehe
Cik Anita said…
@Myra Arshad (:

haaa cik Myra!

jangan jeles aaa.. Akak dah kalahkan retis skg~ huahuahua
Cik Anita said…
@anitadiana

hihi. nanti kita jadik adik beradik angkat. nice-nice!

orettt~ oren sangat nice! buatlah tahun depan!!!
Cik Anita said…
@dila

puasa ttp puasa mek~ ramping mungkin kerana premium beautiful! haha. Muka entah kenapa tembam, bahagia tak jugak.. zzz
Cik Anita said…
@suri

nak duit raya ke suri?? :))

dua pasanag jeh~ tak mampu lah nak beli banyak2...
Cik Da said…
bestnya mak seponser....ita seponser kak lak tahun dpan....
Cik Da said…
bestnya mak seponser....ita seponser kak lak tahun dpan....

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...