Cerita Ahad yang terakhir

Assalamualaikum.



*diingatkan, entry ini entry terpanjang di sepanjang abad ni. Sekiranya tidak mampu membaca sehingga habis, sila beredar untuk membaca entry ini* :)


Oke. Ini the last chapter aku rasa cerita about my ex-cinta. Aku akan nekad untuk tidak bercerita lagi pasal perasaan yang aku sendiri dah penat dan sakit otak. Korang pun sakit jiwa nak bacanya. Aku perlu move and move. Bangun tidur dengan semangat baru. Tapi macam no point lah aku cakap ni. Tapi tak jugak move!


Dipendekkan cerita, setelah sekian lama aku mengajak encik Ex-Cinta keluar (berbulan hampir makan tahun lamanya) semalam dia seperti oke. Mungkin jugak dia nak keluar sebab aku cakap, aku akan pindah dari sini, then takkan ganggu dia lagi lepas ni, akan duduk jauh dari dia semua. Makanya aku dpat green light! Yeaaay akhirnya jumpa. ;)


Walaupun dapat green light, tapi bukan semudah itu tau. Berjanji dalam pukul 3 petang, then postpond ke pukul 4, then pukul 5 pulak. Wah, kesabaran aku teruji masa tu. Tapi aku tetap oke sabar-sabarlah wahai hatiku sayang. Pukul 5 aku call, dia kata ada hal tetiba. Postpond lagi pukul 6. Oke aku pun sabarrrrr lagi. Dah pukul 6 dia kata kejap lagi, 6. 15 aku call, kejap lagi. Berapa kali kejap da. Then 6.30 aku call baru dia kata oke. Pheww!

Aku dengan selamba wajanya, datang ambil beliau ex-cinta di rumah. Sempat lah jumpa mak ayah beliau bersalam-salaman dan bertanya khabar. Nak ikutkan tak nak masuk rumah, tapi tak sedap hati lah. Lagi-lagi aku dah kenal family ex-cinta ni. Hmmm. Sampai rumah tu, beliau belum mandi dan belum siap pun. Maka aku pun menunggu lah beliau, jam 6.45pm baru gerak! Bayangkan dari pukul 3 aku tunggu tp akhirnya jumpa jam 6.45? sabar dalam hati ni dah kecik lagi kecik dari kuman.

Masuk kereta, then aku yang drive. Dia diam. Diam. Diam. Diam. Diam. Dan diam. Setiap persoalan yang aku tanyakan, hanya akan dijawab dengan entah. Entah. Entah. Entah. Entah. Walaupun soalan tu aku tanya, dah makan? Dan dia jawab, entah. Camne kerja, oke tak? Dia jawab entah juga. Dan aku tetap tak putus asa lagi, bercerita pasal entah pape untuk bagi dia banyak cakap. Tapi still can’t. Last-last radio tu ada lagu apa, aku nyanyi-nyanyi sendiri je. Wuuu. T_T


Nak ikutkan sebenarnya, dia tak nak pun tengok wayang tu. Sebab dia memang bukan penggemar menonton wayang nih. Tapi kalau aku tak ajak gitu, setakat ajak-ajak makan then balik? alahai. Nanti masa tu jadi sekejap sangat. Mana puas jumpa ex-cinta aku ni. Hihi. (gatai)


Tengoklah kami wayang bersama-sama, cerita INI dan bergelak-gelak lah aku dalam tu. Kat situ baru aku nampak dia senyum. Tapi senyum sebab cerita yang ada part-part lawak. Bukan senyum kat aku. huhu ;(


Eh lupa nak cakap, masa duduk-duduk tunggu movie mula. Boleh pulak kitorang bertembung dengan kakak dan abang ipar dia, dan anak-anak buah dia yang beramai-ramai. Masa tu rasa cam terkejut beruk, sebab mereka yang tegur kami dan teguran tu berbunyi “Eh, dah sambung balik ke?” Haaa. Tak terjawab lah aku. Memang tak sambung pun. Cuma keluar untuk settle problem. Tapi aku senyum-senyum je. Aduiii. Comfirm nanti jadi gosips panas.


After keluar movie, aku nampak ex-cinta aku ni ada pegang-pegang hp sms dengan sapa tah. Aku dah jeles dah. Tapi aku cool je. Habis je cerita, dia terus keluar tak tunggu aku berdiri sama. Uwaaa. Aku rasa cam, ishk dia ni. Tapi tup-tup dia tunggu jugak sebenarnya, tapi kat luar panggung tu. Then aku ke toilet kejap, bila aku balik tu aku nampak dia sedang bercalling-calling. Bila aku sampai je dia terus letak fon. Perasaan aku jeles lagi. Grrr. Apa kejadah lah dengan aku ni nak jeles-jeles. Aku bukan makwe die pun. Kan?


Aku ajak dia makan, jawapan dia entah. Aku tanya nak makan kfc ke, Mcd ke or tomyam. Dia jawab entah. Aku malas nak pikir sangat entah dia yang berjuta tu, aku terus cakap jum McD. Dan dia pun terus jum. Sampai kaunter Mcd, aku suruh dia pilih dan dia jawab entah. Ha engkau, memang tahap kesabaran dan tak terkawal. Aku pun pilih je dua set Prosperity dan setteled. Lepas tu makan sama, dia makan licin-licin. Masa tu baru lah ada jugak dia tanya-tanya aku kerja mana dan bakal kerja apa semua. Tapi jawapan aku adalah, rahsialah. Tapi dia cam tau apa kerja aku. So paham-paham sendiri sahajalah.


Sepanjang jumpa tu ekceli, aku asyik tanya, tak sayang aku ke? Tak rindu aku ke? Betul ke bercinta dengan Minah ‘N’ tu? Tak nak berbaik balik ke? Dan setiap jawapan dia ialah ENTAH. Lepas tu tanya lagi dengan soalan-soalan yang sama juga. HAHA. Sampai jemu dia jadinya. Tapi aku pulak tak jemu-jemu tanya. :P


Nak ikutkan, sampai ke sudah on the way balik tu. Respons beliau sangat negatif dan kat situ aku dah decide dah. Nekad sangat-sangat bahawa aku perlu tamatkan semua benda alah ni. Dan memang aku dah niat sebenarnya, bahawa pertemuan aku dengan si dia ni pertemuan yang terakhir dalam hidup aku. kalau ditakdirkan untuk berjumpa beliau pun lepas ni, barangkali itu takdir Allah yang tentukan. Mungkin bertembung camtu jelah kot.


Aku hantar beliau sampai ke rumah, dan soalan terakhir aku tanya lagi, betul ke tak sayang aku, betul ke tak nak berbaik-baik balik, dan still dia jawapan dia yang entah itu. Hurm. Aku keluar kereta, then aku salam dia, dan aku kat situ cakap kat dia “ Jaga diri baik-baik, aku sayang kat kau sangat-sangat. Then inilah pertemuan terakhir kita dan tak mungkin akan ada lagi pertemuan camni lagi...”

Masa aku cakap tu, memang dah bergenang air mata aku. tapi aku tetap cool kan diri dan jangan sampai tumpah air mata. Alhamdulillah aku tak menangis depan dia. Lepas je cakap camtu, aku langsung tak bagi peluang kat dia untuk cakap apa-apa. Sebab aku tak nak dengar, jawapan entah tu. Dia pandang aku dan tenung aku dalam-dalam masa tu. Tenung dan sampai berkerut muka dia. Tetiba pulak nak pandang aku lama-lama kan? Tadi tak nak pun pandang. hmm.


Aku terus masuk kereta, pusing kereta dan terus pergi jauh. Apa yang aku nampak, dia langsung tak berganjak dari halaman rumah dia dan mata dia pandang je kereta aku meluncur jauh. Terkejutkah dia dengan apa yang aku cakapkan? Atau gembirakah dia apabila aku takkan mengganggu dia lagi selepas ini. Hmm.


Lepas je blah dari rumah dia, aku terus menangis-nangis dengan jayanya. Bersungguh-sungguh aku menangis tengah malam itu. Sambil drive sambil nangis-nangis. Dengan hujan rintik-rintik lagi seolah-olah turut memahami perasaan di hati ini. Ecewah. Sayu gila perasaan aku masa tu.


Sampai je rumah aku parking, terus aku cek hp. Kot-kot beliau akan mesej aku ke untuk memujuk aku. See? Aku memang gila meroyan. Memang tak lah. :P aku ni entah pape. Bila malam tu aku nak tidur, aku cek hp lagi kot-kot ada mesej dari dia. But memang takkan ada lah. Tidurlah aku dengan air mata yang kering. T_T

Aku terjaga jam 3 pagi dan aku got it mesej from dia!!!


Assalamualaikum awak. Awak, saya nak mintak maaf kalau cara layanan saya tadi buat awak marah pada saya. Saya sebenarnya masih ada lagi perasaan sayang kat awak, tapi perasaan sayang itu kat awak tak sekuat dulu. Memang benar awak tanya tentang saya dengan ‘N’ tu. Saya pun tak pasti dengan pilihan yang saya buat ni. Saya ni sbnrnya tak layak untuk orang yang sebaik awak, saya hanya berserah pada Allah. Semoga awak hidup berjaya dengan masa depan awak yang cerah. Sekiranya ditetapkan awak dengan saya oleh Allah, InsyaAllah adalah jodoh kita. Apa pun terima kasih kita keluar tadi. Harapnya jangalah tadi tu yang terakhir kita berjumpa. Saya sentiasa rindukan awak, bukan mudah utk melupakan awak sebenarnya kerana terlalu banyak kenagngan manis sepenjang perkenalan kita...”


( aku copy and paste ayat dia mesej aku malam tadi. gigih sungguh sampai nak type balik. hehe. Panjang gila, tapi dia shotform lah..cumanya aku type penuh tu nampak panjang gila mesej dia. )


Aku membacanya berulang kali, sehingga di saat ini mungkin dah 100 kali baca kurang dari 24 jam! Jawapan yang aku nampak, dia Ego. Ego sangat-sangat. Aku sedikit down, sebab dia dah mengakui ada perempuan lain dan juga down bila dia kata kurang sayang kat aku tu. Memang takkan sayang sepenuh hati la, dah hati tu bagi kat minah 'N' tu kan? Tapi aku puas hati. Sekurang-kurangnya aku dah tak tertanya-tanya, dan selepas ini aku tak mengharap lagi pada perkara yang tak pasti.


Dan until now, aku still tak reply mesej dia. Dan aku tak pasti, adakah aku perlu reply mesej tu or buat tak tahu saja. Compius! Apa pun aku tumpang gembira atas kegembiraan dia, aku juga gembira sebab aku dah pasti bahawa perpisahan kitorang dah jelas depan mata dan bukanlah melalui fon semata. Juga puas hati sebab walaupun antara kitorang dah berpisah, tak ada rasa dendam-dendam tu.


Aku tetiba teringat pada kata-kata kawan aku, yang aku ni terlalu sabar orangnya. Sabar yang tak logik di akal fikiran. Jugak dia kata aku ni penyabar, tapi bukan seorang yang kuat dan tabah. Sabar semata yang tak ada makna. Wah. Sentapppp you. Tapi aku telan hakikat betul jugak kawan aku tu cakap.

Sekarang aku hanya perlu fokus pada kerjaya, continued study dan keluarga tecinta! Say no tu cari special boyfriend baru! InsyaAllah :)


Itulah dia sebenarnya Ahad yang terakhir tu! Ada pulak yang kata nak goal ke? Aduhai.


Wassalam.

Comments

Chekgu Azrine said…
sis.. kalau akak jadi sis.. sory la erk.. adik boleh dapat yg lebih baik drp ex adik tuh sebab bagi akak dia lelaki yang sangat ego.. depan2 tak mo cakap.. dlm sms panjang berjela..

better adik lepaska dia aje.. buat adik merana je.. kata dah ada orng baru.. biakan aje..fokus on ur career..its better..
yui dpt merasai apa yg nita hadapi..sbr dear.. inilah namanya ALLAH nak tunjuk mana jodoh kt..

mgkin skg tidak,mana tau akn dtg, dia tetap milik nita..

sbr ea.. ada jodoh tak kemana.. mgkin yui tk hadapi tp at least kt tenangkan org..

diluar nmpk ok tp hati ALLAH sj yg tau kan syg..

nita mmg tabah+kuat!!
Anonymous said…
ni kalau aku dah berperang bagai....... xd la nak tanya2... sakit hati
Cik Anita said…
@Chekgu Azrine

memang dah lepaskan pun kak. lepas dengan perasaan tak membenci InsyaAllah. bila fikir balik, buruk baik dia, Nita pernah bersama dgn dia. Jadi, biarlah semua kenangan yang indah je dalam hati. Yang buruk semua sama-sama memaafi. Nak ikutkan, ego dia sangat dasyat.. Tapi Nita redha je. Sebab Nita pun pernah buat silap. mana ada manusia yang sempurna.

thanks atas nasihat akak.

:)
Cik Anita said…
@nuyui a.k.a miss YUI

yui. thanks atas nasiht, suka dengan ayat Yui "mgkin skg tidak,mana tau akn dtg, dia tetap milik nita.."

tapi Nita khuatir, di masekan datang Nita dah xmampu nak kembali pada dia kalau dia kembali, eh ecewah, macam lah dia nak Nita. huhu. padahal x pun.

apa pun, kalau berjodoh tak kemana.

:)
Cik Anita said…
@Anonymous

hai mak Anon.

kau memang..ishk
dila ezatul said…
huh.....ko tau aku melepaskan napas yg panjang pas bace mende ni...i pray dlm hati supaya ko x bls msg tu,TQ GOD!u re not reply rite...good,i know how hard to faced it,i know it relly assholed to hv a BF like him,but....we love that F*** bf,that prob...anita,u x rasa g bf ade anak!!!!!but,it nice experience u know...me crazy too...hahahaha...adooi,bile r nk melepak ngn ko ni..

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...