Kes kematian yang ditikam sebanyak 35 kali :(
Assalamualaikum...
Alfatihah - kredit
Permulaan cerita:
Petang semalam aku pergi pasar malam dengan kawan serumah aku dengan naik motor yang perlahan-lahan. Ambik angin petang lah katakan. Then masa lalu kat satu rumah ni ramainya orang petang tu. Maka bersembang-sembang lah kami, "Eh bukan kenduri ni, ni ada kematian ni." Dan kawan aku tu pun berteka-teki siapalah orang kampung beliau yang meninggal dunia. Orang yang sudah uzur barangkali. Aku pun mengiyakan sahaja.
Then balik dari pasar jam 6.15 petang lebih kurang, betul-betul van jenazah baru sampai hantar mayat. Nampak lah jenazah yang diangkat dari jalan tu. Jadi aku menjangkakan, mayat yang baru tiba dari hospital. Then mayat tu meninggal kat hospital. Masa tu aku cuma baca-baca apa yang patut je dalam hati sambil makan-makan atas motor tu. (bad habit suka makan atas motor)
Sampai ke rumah langsung dah tak pikir pasal mayat tu. Bila malam tengok berita, ada bagitau pasal mangsa kena tikam berbanyak kali dan meninggal dunia.
Then bila pagi ni pergi kerja, kawan aku call aku dan bagitau bersungguh-sungguh.
"Anita, rumah yang kita lalu semalam ada orang meninggal tu, itu lah yang masuk berita malam tadi!" gulp gulp gulp aku telan air liur. Serius terus meremang bulu roma aku.
Al-fatihah.
***
Comments
alfatihah.
dunia di hujung zaman.
:(
alfatihah..
harapnya dielakkan dari terkena dalam kalangan keluarga yg terdeakat.