Girls day Out @ Steambot yang besh!

Assalamualaikum...


Wehhu. Terlambat seminggu sudah nak update pasal aku bersetim-setimbot ni dengan kekasih-kekasih hatiku, Azie, Fara, Ekin dan the best Driver Ise! (hubby Fara) :D Kira ni aktiviti new year tempoh hari.


Tak planning sangat pun, sebab biasanya kalau beriya-iya planning memang tak menjadi. So ni kira, ha jum lah besok. Dan oke maka berjumpa lah kami bergumbira makan sampai kenyang. Bukan kenyang je, makan sampai pengsan!


Lokasi makan di Taman Dagang, Ampang. So kalian camne? sudah pernah makan sini tak? Ini kali ke 3 aku makan sini. So far, aku rasa puas hati. Sebab segala lauk basah tu fresh-fresh belaka. Lagi-lagi udang harimau dia. Manis gile oke. Besar pulak tuuu. Nyummmeyyyh! Tapi yang tak bestnya pulak malam tu, dia tak ada sotong. Kejadahnya tak ada sotong. Habis ke apa stok sotong dalam laut? grrr.


Apa pun, aku nak bagi 4 stars! yeaaayyy. Jum-jum makan sini lagi. Best! Eh lupa nak cakap harga dia, sorang dalam rm25. Tapi tak termasuk air ye. Air dia cas lain. Walaupun korang ambik air kosong, dia still cas. Tu agak hampas lah. Kitorang ni berlima, tapi ambik air sampai 13 gelas. Memang terbaik!



.wajah gadis ayu sebelum melantak.hee

Azie Anita Ekin


.Fara & hubby dia.Ise.

.the besties forever InsyaAllah. kurang sorang sebenarnya! cik Ana enggak ada. :(


.fresh!.suka-suka-suka.


.dalam mode teringin makan gini lagi.


Ishk.

Memang tak boleh lah nak makan camni lagi banyak-banyak kali. Pertamanya kang gaut. Ishk, mintak dijauhkan. Then jugak, nak makan camni tunggu bergaji lah. Ni duit pun tahap nyawa-nyawa ikan. :P


Tgline ku ialah "Makan-makan itu memang best".


Ikhlas;

Anita


Comments

Marlina Mohtar said…
wah..nampak menyelerakan :) dah lama x makan steambot
Zuriana Zainun said…
wwaaa...ety..lain kali nak g ajak aku..dah lame teringin nak g sane..azi asyik ckp sedap je...terliur aku tp takde sape nak bawak huhu sedih...
Chekgu Azrine said…
menyelerakanla sis.. sayangnya husband akak tak suka makan steamboat.. huhu.. kalau tak blhla serang sini..
Myra Arshad said…
keje makannn je kaannn kak saya sorang ni :p
kak ita pun suka makan nak tanya berapa rm 1org..restoran tu nama apa..dulu kak ita makan stimboot kat subang semua bekunya..kurang sikit....
Cik Anita said…
@nuyui a.k.a miss YUI

saje je nk bagi Yui terliur..hehe
Cik Anita said…
@Princess Solehah

mmg selera habis!

nak makan ke? jum2..stimbot xleh makan selalu..hehe
Cik Anita said…
@zuriana

haha.
ko kalo nak yg dekat, ko g ar kat maeps serdang tu..heee.

nnt bila2 ajak lah azie. ko kan kat upm dekat dgn azie. senang papehal nak deal..
Cik Anita said…
@Chekgu Azrine

eh hubby akak x suka? nape? alaaa..xpe je, boleh je..nnt makan lah nasik die ke. kan ada banyak jenis buffet tuu..

:)
Cik Anita said…
@Myra Arshad (:

dapat makan itu is perkara yang bahagia! hihihi
Cik Anita said…
@anitadiana

ni kat Ampang, restoran Thai bbq. Kat taman Dagang. tp sini mahal sikit..rm25..air dia cas lain..
ainraus said…
wahhh. nak makan steamboat jugak.
lama dah tak makan. :)

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Cik Anita songeh giveaway...