Girls day Out @ Steambot yang besh!
Assalamualaikum...
Wehhu. Terlambat seminggu sudah nak update pasal aku bersetim-setimbot ni dengan kekasih-kekasih hatiku, Azie, Fara, Ekin dan the best Driver Ise! (hubby Fara) :D Kira ni aktiviti new year tempoh hari.
Tak planning sangat pun, sebab biasanya kalau beriya-iya planning memang tak menjadi. So ni kira, ha jum lah besok. Dan oke maka berjumpa lah kami bergumbira makan sampai kenyang. Bukan kenyang je, makan sampai pengsan!
Lokasi makan di Taman Dagang, Ampang. So kalian camne? sudah pernah makan sini tak? Ini kali ke 3 aku makan sini. So far, aku rasa puas hati. Sebab segala lauk basah tu fresh-fresh belaka. Lagi-lagi udang harimau dia. Manis gile oke. Besar pulak tuuu. Nyummmeyyyh! Tapi yang tak bestnya pulak malam tu, dia tak ada sotong. Kejadahnya tak ada sotong. Habis ke apa stok sotong dalam laut? grrr.
Apa pun, aku nak bagi 4 stars! yeaaayyy. Jum-jum makan sini lagi. Best! Eh lupa nak cakap harga dia, sorang dalam rm25. Tapi tak termasuk air ye. Air dia cas lain. Walaupun korang ambik air kosong, dia still cas. Tu agak hampas lah. Kitorang ni berlima, tapi ambik air sampai 13 gelas. Memang terbaik!
.wajah gadis ayu sebelum melantak.hee
.Fara & hubby dia.Ise.
.the besties forever InsyaAllah. kurang sorang sebenarnya! cik Ana enggak ada. :(
.fresh!.suka-suka-suka.
Azie Anita Ekin
.the besties forever InsyaAllah. kurang sorang sebenarnya! cik Ana enggak ada. :(
.fresh!.suka-suka-suka.
Ishk.
Memang tak boleh lah nak makan camni lagi banyak-banyak kali. Pertamanya kang gaut. Ishk, mintak dijauhkan. Then jugak, nak makan camni tunggu bergaji lah. Ni duit pun tahap nyawa-nyawa ikan. :P
Tgline ku ialah "Makan-makan itu memang best".
Ikhlas;
Anita
Comments
saje je nk bagi Yui terliur..hehe
mmg selera habis!
nak makan ke? jum2..stimbot xleh makan selalu..hehe
haha.
ko kalo nak yg dekat, ko g ar kat maeps serdang tu..heee.
nnt bila2 ajak lah azie. ko kan kat upm dekat dgn azie. senang papehal nak deal..
eh hubby akak x suka? nape? alaaa..xpe je, boleh je..nnt makan lah nasik die ke. kan ada banyak jenis buffet tuu..
:)
dapat makan itu is perkara yang bahagia! hihihi
ni kat Ampang, restoran Thai bbq. Kat taman Dagang. tp sini mahal sikit..rm25..air dia cas lain..
lama dah tak makan. :)