The TERIMA KASIH entry.
Assalamualaikum.
Sekali lagi aku menegaskan, bahawa aku di Batu Caves sekarang. Bekerja di Medan Selayang as a tenaga pengajar yang sangat tidak bersedia. But im really love my work, love my life, love my friends & love my family! Alhamdulillah.
Rumah aku ni memang betul-betul dekat dengan lereng Batu Caves tu, memang seram lah hai. Harap tak ada apa-apa yang terjadi, lagi-lagi dah nak musim hujan balik ni.
Entah motif apa aku letak gambar ni. :P
Cerita ni lama dah tertangguh, but aku nak say milion THANKS pada mereka-mereka yang banyak membantu aku sepanjang nak berpindah randah, jugak berpening pening bagai sepanjang berbulan-bulan ini.
Baru ku sedar, dan telah sedar bahawa tak ada BF tu sebenarnya susah. Mean, susah yang tak ada yang kita nak harapkan to be a driver sejati. Before this masa dunia study, apa jua perkara kita akan refer pada bf kan. Nak angkut barang semua memang beliau lah. Tapi dah tak ada, SUSAHnya hanya tuhan je yg tau. Takkan lah tetiba nak mintak tolong kan? Memang haram jadah takkan lah.
Then terpaksa sahabat-sahabat yang ada di sekeliling membantu. Terima kasih sangat-sangat aku ucapkan untuk permulaan entry ini.
Aku cerita from the 1st step okeh. Masa nak datang intebiu for the job, yang tolong menghantar aku is sahabatku ENCIK FADIL. Dengan pakai baju kerja yang kotor still lagi boleh hantar aku. Beliau memang tidak berkira orangnya.
Bila aku dah dapat kerja tu, maka aku sibuk pulak mencari rumah sewa.
Kemudian thanks to ENCIK AJIM yang membantu aku mencarikan rumah sewa sampai dapat! Fuhhh. Bukan senang nak dapat. Last-last jumpa kat mudah.my. Sanggup plak ENCIK AJIM ni cuti kerja sebab nak tolong aku. Hmm. Terima kasih sekali lagi! Dapat dah rumah sewa, Cuma tak boleh nak tengok sebab tuan rumah kerja.
Maka...
Pada malam harinya pula, encik ABANG IPAR ZAMRI pula menghantar aku untuk tengok rumah sewa dan bayar deposit.
Kemudian nak ambik offer letter, thanks to my SISTA RINA. Beliau juga mengambil cuti hanya kerana aku!
Bila dah dapat rumah dan offer letter semua, maka haruslah menghantar barang-barang.
Maka untuk say thanks pula pada SISTA JUA dan ABANG IPAR AMAL! Yang mengangkut separuh khazanah dari Perak ke rumah sewa. Juga bagi aku free meja mekap plus meja study yang sangat selesa!
Tak lupa juga kepada tunang adik aku, ENCIK SHAH yang membawakkan motor ke sini. Hee. Penakuts aku ni kalau tak cam jalan. Takut sesat.
Kemudian, the last part hantar barang ke rumah sewa dan terus hantar aku ke sini, THANKS pada EMAK dan SISTA ZENI! Adik-adik yang hantar aku juga, HAKIM & HUSNA.
Thanks pada emak sekali lagi, sebab selepas itu membelikan barang-barang dapur untuk aku yang harganya beratus jugak lah!
JASA KALIAN AMAT DIHARGAI!
Tengok lahhhhh beramai ramai yang sangat baik membantu aku. Betapa ramainya yang sayangkan aku. Hehe.
Dan disebabkan sedemikan rumitnya aku nak berpindah ke Batu Caves ini, maka sebab itulah aku tidak berkongsi apa jua cerita. Perasaan bersalah yang berganda-ganda sebenarnya bila melibatkan ramai pihak membantu. Takut nanti tak terbalas budi baik tu or termakan budi orang.
Ikhlas,
Anita.
Comments
selamat menempuh alam baru kak. hehe