Cabaran seorang tenaga pengajar.
Assalamualaikum.
*mengeluh*
Wallahualam.
Ikhlas,
Anita.
Ada cerita yang kurang best terjadi dalam kelas sebenarnya hari nih. Biasa bila dah sebut cerita dalam kelas tu, memang berkaitan dengan student-student aku lah. Kelas pagi tadi jam 9.30.
Bila terjadinya kes ni pagi tadi, aku baru terpikir bahawa aku ni maybe seorang tenaga pengajar yang tidak tegas dan suka gelak-gelak dalam kelas. Mengapa perlu nak garang-garang sangat kan? So aku harus mengajar my student untuk tidak stress dalam my kelas. Aku nak mereka enjoy dengan cara aku. Kalau tak paham ke apa, terus tanya. Bukan simpan-simpan dan finally kau tak dapat apa-apa.
Aku juga sangat sempoi dan tidak terlalu tegas dalam perihal nak jawab fon dalam kelas ke apa. Sebab aku menitikberatkan, if ada perkara emergency ke apa or samting yang sangat penting kan? Kenapa perlu mengharamkan fon dalam kelas? Yes. Aku terlalu positif.
Cumanya, pagi tadi ada seorang student ni yang sangat sempoi dan selamba badaknya pegang my hand. Ya Allah! Berdesup jantung nak marah. Sesuka hati je dia masuk kelas dan touch my hand and say hai Miss Tina tanpa ada rasa bersalah pun? Lepas tu gelak dengan buat senyum meleret kat aku. Cuma yang aku boleh cakap masa tu. "Dont touch me! Dont do like that!" Tapi lepas tu aku still senyum dengan geleng-geleng kepala.
*mengeluh*
Tak terkata sebenarnya. Apakah yang perlu aku buat ni nak bagi dorang takut dekat aku. Ke aku ni terlalu maniskan muka. Sebab aku mengajar memang akan senyum sentiasa. Ajar bebudak besar kan, bukan budak kecik.
Bila dah jadi camni, aku rasa aku perlu bertegas dah. Tak boleh nak cantik-cantik sangat dalam kelas. Ramai dah yang nasihatkan aku supaya berhati-hati. Tapi aku percaya pada student aku. InsyaAllah tak ada apa-apa.
Wallahualam.
Ikhlas,
Anita.
Comments
sgt berani ok ... melampau ....
be good and ikhlas. InsyaAllah ilmu yang diajar tu berguna. :)
sedang berhati2 ni. kalau lebih2 lagi mmg Nita report lah kat pihak atasan!
hmm. camtu eh? Nita tak reti lah nak mengganas camtu.. tapi kalau dia ulang balik benda yg sama, maybe mau kot buat camtu..huhu
InsyaAllah.
dengan minat untuk mengajar, hope semua urusan dipermudahkan!
:)
dia mmg noti plus dalam kelas tak serius! bila aku dah mengajar skg, baru aku tau. bahawa lecterur kita akan sentiasa perasn dan sedar bahawa murid itu berminat atau tak!! haha. dulu main2 kan masa study~ amik kau...huhu