Hari 21 : Benda yang anda wajib bawak keluar dari rumah?

Assalamualaikum.

Dah basi dah 30 hari cabaran ni!

Kalau ada sesiapa yang ingat lah kan. Aku ada jalankan misi update belog '30 hari cabaran' nih tahun lepas kot. Tapi malang sungguh. Aku tinggal camtu je. Memang tak konsisten sungguh. Lagi-lagi tempoh hari aku hilang mood update belog hampir berbulan lamanya. 

Apa yang aku perasan, ada jugak rakan-rakan blogger lain yang tak siap dengan cabaran ni. Kan? upsss. =P

Maka aku terus nekad hari nih, nak siapkan jugak. Walaupun korang memang tak minat nak tau! Mehla aku cakap sikit, apa barang yang WAJIB aku bawak bila keluar dari rumah. Ini  bukan pergi kerja lah ye. Ini barang yang aku bawak kalau nak keluar merambu-ramba.

Benda biasa, mestilah...

1. Beg tangan.

2. Beg duit

3. Handphone!

4. Compact powder.

5. Cologne baby johnson (sebab nak wangi sentiasa) hee

Itu sahaja dong. So next  tunggu cerita hari ke 22 pulak!

Ikhlas,
Anita.

Comments

ainraus said…
sama lah kita! tapi err. beg ain lagi banyakkkk barang. nak ubah habit ni lah. at least boleh pakai beg tangan kecik.
kan kan kan?
kak ita lagi banyak..barang anak-anak ..he..he ok lah tu nita...
haha, yui pon kena continue la gtu kan.
Cik Anita said…
@ainraus

beg tangan besar, duit pun besar lah kan Ain? heee.
Cik Anita said…
@anitadiana

Alah kak Ita... Akak dah kahwin lain!!! mana boleh nak samakan dengan orang yg bujang ni. hehe :P
Cik Anita said…
@nuyui a.k.a miss YUI

itu haruslah Yui!!

haha. Yui dah sampai part mana eh?

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...