Hari 23 - Dream wedding

Assalamualaikum.

Haaaaaaa. Panjang kan haaa aku. 

Sebab aku cam tersuka dengan cabaran bila sebut-sebut  tang kahwin nih. Sebabnya kan, nak tau satu rahsia tak? (sekarang dah tak rahsia). Aku kalau sebelum tidur. Memang suka berangan kalau kahwin nak pakai baju ini, nak pakai baju itu. Tema pelamin begitu dan tema pelamin begini. Baju yang begitu dan begini. Tema yang begitu dan tema yang begini. *sakit otak melayan aku*.

Habit memang dah lama dah. Padahal sebelum ni enggak ada encik cinta pun kan? Tapi sekarang bila dah ada bopren. Lagi lah terserlah kegatalan aku! Jum tampaq aku laju dan laju-laju.

Abaikan kegatalanku yang semula jadi itu. Meh melayan angan-angan aku pulak. Memula jangan gopoh sangat nak terus sanding bagai. Nak berangan bertunang-munang dulu. So colour pilihan aku bertunang is soft pink macam yang kat bawah ini. Walaupun sebenarnya ramai dah yang tegur, pink sangat tidak sesuai dengan aku! Tapi aku mahu jugaaaak.
-Majlis Tunang-
kredit mOm

-Pelamin tunang-
kredit Persada Embun

Pelamin tunang sangat sweet kot lah kan, kalau aku duduk situ pakai warna pink! Kan? hee. Pandai tak aku gabung jalinkan warna-warna dia. Ehem. Lagi-lagi pelamin dia simple je dengan bunga-bunga putih. 

Bila dah tunang kita ke Part Nikah!

Aku tak ada jawapan yang sangat konkrit kenapa, tetapi kalau nikah memang aku nak warna putih! Sebab putih tu macam melambangkan ikatan yang suci gitu. So putih yang simple jer untuk nikah. Tak mau baju serabut sangat. Baju pun haruslah sekadar baju kurung moden sahaja. Contoh macam kat bawah.

-baju nikah-
kredit google

-baju nikah juga-

-Baju bersanding-
kredit rinz Suzana

 -sanding juga-

Part baju bersanding ni memang sangat susah lah nak carik! Berhari-hari aku duk mencari mana-mana yang the best. Tapi akhirnya cam ini jer aku pilih. Baju yang simple camni lah kot kan. Cuma tukar colour dia yang lagi cantik. Merah ke, yellow ke, purple ke?

Baju seterusnya...
 -Baju potong kek-
kredit google
Baju potong kek? Errkkk... Relevan ke aku cakap camni? Memang macam tak jer.hehe. Ah bantai lah. Just kalau ada majlis potong kek ke apa. Aku berangan nak yang camni. Tapi taklah seseksi begini. Lama hidup lah tu nak cekci camni kat orang-orang kampung!!

Ala-ala cam kat atas ni, tapi dia muslimah. Pakai lah inner putih kan. Gown ni nampak cantik sebab kembang dia yang comel cam rose gitu. Tak nak kembang cam cinderella tu. Dah biasa sangat. Kan?

 Then masuk part pelamin bersanding pulak. Pelamin memang banyak yang cantik-cantiks. Tapi aku pilih yang simple camni jerlah. Simple & nice.

kredit Rinz Suzana

kredit Persada Embun

Okelah, ini part last. Penat otak aku menyiapkan entry yang entah hape-hape ni. Secara semua-semuanya, aku memang suka yang simple jer. Tapi paham jelah, orang pompuan kata nak simple? Tak ada maknanya nak simple sangat! kalau nak simple kenduri doa selamat sudah. Kan? Tehehehe.

-bilik pengantin-
 

 simple kan?
 
p/s Sebelum lupa, selamat pengantin baru kepada kawan-kawanku yang akan kahwin March & Jun  ni! Aku ada dapat 7 undangan kot ni. Mana satu aku nak pergi pun entah! *pitam*

Ikhlas,
Anita.

Comments

wah..hebat ni..moga tercapai ea..amiinn..
Cik Da said…
waaaa dah ada plan...bagus2 teruskan usaha...
eima said…
ok la plan awal ..dah tau dah pe konsep nanti tak la kalut2 ..tul dak
wahhhh..cepat nya..bagus-bagus...mcm-mcm plan...
Cik Anita said…
@Aida78

ini angan2 minah jenin je ni kak.. hehe
Cik Anita said…
@eima

tp xleh ikut sangat plan camni, sebab takut kang bila dah 3 ke 4 tahun jadik old fashion. kan? hehe
Cik Anita said…
@anitadiana

haha.

entah pape Nita ni plan yg tidak2..

:P
ainraus said…
nak berangan jugak lah cani! hehheheehe.
cik dila said…
tunggu la kad aku pulak ye. lalala... :DD
puanstoberi said…
rinzsuzana tu mmg lawa2 baju n pelamin dia. dlu akak pun s.listed dia utk majlis kat PJ
Cik Anita said…
@ainraus

berangan tak apa, di haruskan. hehe
Cik Anita said…
@cik dila

ha?
kad ko?? memang terbaik lah! lagi awal dari aku kan..lalala
Cik Anita said…
@PUANSTOBERI

aah! rinssuzana tu cantik2, tapi a bit mahal kan? sbb akak opis ni survey gak kat sana. Tp x ambik..hehe

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...