Hari 28 - Hobi anda?

Assalamualaikum.

Bersambung untuk hari ke 28, tinggal dua je lagi. Semoga Anita berjaya. Ecewah.

So soalan dia is, apakah HOBI anda? or What is your hobby? Makanya, my hobby is bertukar-tukar pada umur, keadaan dan wang. Boleh tak camni? Aku rasa hobi aku dah tak konsisten sangat dah sekarang. Meh baca hobi aku meh.

Sekolah rendah :


Hobi memancing! Serius memancing yang sangat suka. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Kalau ada masa lapang je, aku memang akan mancing. Tapi ikan yang aku pancing cuma puyu, keli &  haruan. Sebab ikan tu je yang ada kat parit kampung aku. Sampaikan, tengahari terik aku tak rasa panas ke apa. Tapi bila dah usia cam sekarang ni, perasaan tu semakin pudar. Sebab dah nak jaga muka, tak nak la panas-panas. Kang hitam kang. =P Pernah berangan nak mancing kat laut dalam. Sungguh, perasaan tu sampai sekarang ada lagi. Cumanya, sapa nak bawak aku? Memang tak ada sapa yang nak.

Ha, nak tambah lagi... Kalau kat tv ada apa-apa rancangan yang berkaitan dengan ikan. Memang aku layan sampai habis. Teruja dia lain macam. Ha nak cakap jugak, sebab aku tak tau lah kenapa, kalau bab memancing ni, aku ada a bit luck yang mesti dapat ikan! Walau orang lain tak dapat, aku akan dapat.

Sekolah menengah:
Still ada lagi perasaan memancing, tapi aku more kepada membaca novel. Serius sangat suka. Kalau pada waktu tu, masa form 1 kawan-kawan lain belum baca novel. Aku dah khatam banyak novel sebenarnya. Cuma tak ingat novel apa.

Lepas sekolah menengah ( sambung belajar )
Bila keadaan dah berubah, aku ke arah menontong wayang dan karaoke. Pernah sanggup pergi Mines tak makan, tapi spend duit untuk karaoke. Nostalgic sungguh. Benda ni memang dengan my bff Ana lah. Jugak, sanggup tengok wayang sensorang kalau dah rasa cam bosan. Fuh... Membazir aku ni.

Di usia sekarang (kerja)
More kepada makan & lepak. Adakah lepak dikategorikan sebagai hobi? Boleh lah kot. Makan juga is hobby. Sebab aku suka carik tempat makan yang sedap-sedap. Tapi lepas tu sibuk bising gemuk bagai. Entah hape-hape.

So kesimpulannya ialah, hobi saya bertukar-tukar. Mungkin bila dah kahwin kang... hobi aku berkebun ke, tanam pokok bunga ke. Kan? Memang tak mustahil.

Ikhlas,
Anita.


Comments

puanstoberi said…
atau pun menjahit.. hihi

akak kan.. hobi akak satu je,sedari dulu dan skang iaitu membaca. haha. mmg bunyinya cliche, tp akak tatau akak ada ke hobi/minat yg lain. skang ni tambah satu iaitu surf internet. akak rasa akak mmg internet addict lah skang. 24hours mmg kena hadap. esp FB, twitter n instagram. aaaa... sesal!
ankeljonni said…
memancing.... hobi dari kecik2 sampai ah skrg... huhuhu
Cik Da said…
banyak tol hobi...sis pun same yang mane satu pun x tahu bila main badmintok sibuk nak beli reket la.pastu gile2 nak masak lak sekarang asyik nak main boling lak...
banyak lah tu..kak ita ne..suka tengok tv kot..hobby ke tu..
Teratak pena said…
membaca.... dan menulis... tp sekarang ni lebih kepada membaca
toi tu..samala.. hobi berubah.. ikut usia kot..haha
Cik Anita said…
@PUANSTOBERI

akak pandai menjahit eh? untung ar tau jahit..kalau Nita memang haram jadah tak tau apa..hehehe. ok la suka bca! tak ada kliser lah..ok sangat. yg bab addict surfing internet tu tak leh kata apa, sbb tu memang semua orang dah camtuuu..hehehehe
Cik Anita said…
@Uncle Jonni

mancing sungai? laut? ke parit? hee
Cik Anita said…
@Aida78

hehe..itulah..hobi ni bermusim sbbnya..
Cik Anita said…
@Bayu Kenangan

tp Nita dah kurang sangat dah membaca..hmmm
Cik Anita said…
@nuyui a.k.a miss YUI

ikut usia memang ya! dan jangan lupa sebb duit jugak.. hehehe

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA