Cuti-cuti Melaka part 1: Hotel terlebih bajet

Assalamualaikum.

Ini cerita yang tergendala jugak sebenarnya.

Perjalanan dan percutian  ke Melaka ni yang agak tidak dirancang after majlis pertunangan kawan aku di Johor yang lepas. Tapi, kebetulan aku pergi Melaka ni tengah ada event apa tah. So ada a bit problem kat situ. Hotel-hotel yang bajet pun full house. Memang tak dapat yang murah langsung. Untuk hotel yang biasa-biasa je pun nak dekat RM150. Carik hotel dari sebelum magrib, sampai ke Isyak baru jumpa. Dengan jalan super duper jem. Fuh. Kesabaran tahap maksima. Semua jalan nak tutup sebab menteri nak datang. Habis sesat kitorang!!

So akhirnya hotel yang kami dapat Hotel ABC nama dia. So far, rate yang aku nak bagi hanya 2  dari 5 bintang! Nak ikutkan macam nak bagi satu setengah ajer. Kesian sungguh kan. Dengan siaran tv yang sangat tidak memuaskan. Plus bau dia yang agak tak best sebab owner dia tetttt. (paham sendiri aje) Tapi,  sekadar untuk persinggahan boleh lah.Untuk hilangkan penat badan gitu.

So far, keadaan dalam hotel dia seperti yang berikut... Ha, nasib baik hotel dia sejuk! Merasa jugaklah tidur kesejukan kelenaan dalam aircond kan. Cuma boleh pulak lah kan dia tak sediakan sabun mandi & syampoo bagai. Memang tak best sungguh.

 katil 3 ketul. kitorang cantum masa tidur. so kira luas sket tempat tidur.


 peace! tapi tak lah peace sangat. gimik ajer. hehe. before check out.

 cek kerete before balik KL. keretaku yang berjasa!

 last frame hotel ABC ku sayang... =p

Kitorang ada hotel ABC, kau ada? Itulah ayat dia nak menyejukkan hati kami. hehe. Walaupun camtu, keramahan pekerja hotel dia boleh tahan. Sebab nak ke area jonker walk tu, orang tu siap tunjuk jalan semua. Dekat sajer dong. Jalan kaki sikit dah sampai.

So bagi aku lah selepas kejadian ini, kalau nak kemana-mana tu. Especially kalau nak pergi bercuti, harus ada perancangan yang teliti. Supaya dapat jimatkan kos dan masa. Kalau tak, jadi cam kami ni lah. Teringat tetiba kat Puan Stoberi. Sebab kalau baca belog akak ni, memang terbaik segala persiapan holiday beliau. Plus sangat banyak tips!!!! seriussss. Sangat jauh beza dengan cara aku ni ha.

Nantikan next entry jalan-jalan Melaka pulak.

Ikhlas,
Anita.

Comments

puanstoberi said…
Err... *blushing-blushing*. Ahahaha... hotel tu mmg nama ABC ke?? HUhu... ni time yg PM dtg Melaka ada janji ditepati tu kan. Mujo tau..akak pegi seminggu sblm tu. kut tak..akak pun terlibat sama cam ni, sbb retu akak g Melaka tu gamble je.. tp kalo tk dpt otel tak ngapa. Balik KL je kita. hihi. Tp kalo jejauh. Jgn buat begini.. bahaya dong ah.. ter tido hotel "ayam' kang.. huhu
THE GREEN said…
salam nita...

seronok bercuti nmpk :-) tp sorry to ask..knape lately ade pic nita yg xmcm slalu? smua pic yg sblm ni yg bertudung lebih baik..

p/s: just concern..
Cik Anita said…
@PUANSTOBERI

ecewahhh.. blushing2 pulok cik akak sorang nihhh.. hihi.. dah memang itu kisah benar dong. :D Aah kan, masa ada event tu lah.. fuhhh! memang menguji kesabaran tahap maksima. Tapi apakan daya, dah terholiday time gitu..Layankan ajerrr...

yerp. Nama hotel dia yg unik!! tehehe
Cik Anita said…
@BLADE EDGE

salam..

so far memang best lah kalau g holiday mana-mana pun.. hee :)

owh oke.. :) terima kasih atas teguran. InsyaAllah akan lebih memperbaiki diri ini.. Maafkan saya ats kesilapan..

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...