Jum tengok 'Spiderman 4'!!

Assalamualaikum.

Pertanyaan aku ialah, adakah suadara saudari sudah menengok cerita Spiderman 4? Meh aku jawab sendiri, YA! Daku sudah selamat menengok malam semalam.

kredit sini

Wah kemain cepat kan aku ni, baru je semalam keluar terus lah hai aku nak tengok laju-laju. Macam biasa lah, nak dekat maka aku tengok kat Wangsawalk. Macam biasa jugak, tengok dengan Mr. N aku lah. Aku ambik tiket 11.15 pm. Duration cerita tu 2 hours and 15 minutes. So kira lah sendiri pukul berapa cerita tu habis. Makanya juga, aku masuk opis pagi ni menguap-nguap sikit. 

Aku tak nak ambik awal-awal sangat, ikutkan ada jer tiket pukul 8 malam. Tapi aku tak nak take a risk. Sebabnya aku beli tiket wayang online  pakai maybank2u. Kot Mr. N aku tu tetiba ada kerja kat opis. Paham jelah kerja dia yang terkadang aku sendiri tak terjangka. So sedia jerlah awal-awal. Tak mau lah burn tiket. Lambat pun lambat lah.

Macam biasa jugak, aku agak tak reti nak review cerita dia dari A to Z, aku cuma nak bagi bintang ajer. Dari 5 bintang yang dibagi, maka aku bagi 4!! Oke tak empat tu? Kira tahap oke lah kan tu. Jalan cerita dia best. Ada gak persamaan dengan Spiderman yang before this. Cumanya lain sikit. Apa yang lain? Ha korang tengoklah. Pasal labah-labah lah kan yang wajibnya. Pastu ada kajian-kajian  yang mencetuskan pelbagai persoalan. Ecewahhh.

Ha nak tambah lagi, permulaan dia cam a bit slow. Kira lambat panas. Tapi lepas tu panas sampai ke petang. So walaupun slow mula-mula. Lastly tak lah mengecewakan sangat. Tapi bila tanya Mr. N, dia cakap tak slow pun. Entah. Lain orang lain pendapat.

Hero & heroin dia pun lain! Hero dia comey-comey gitu plus awek pun cun! Kira ngam lah. Tapi sebenarnya, aku lagi suka hero yang lama. Sebab nampak hensem-hensem nerd. Tapi yang ni pun boleh lah jugak.

 ekceli muka hero ni cam muka kawan aku.. sebijik! Pet nama dia.

 kredit google

Eh nak tambah lagi, yang tak bestnya bapak si heroin ni mati pulak! Waduh-waduh.

So kesimpulannya, cerita ini BEST. Maka pergilah anda menengoknya. Kalau nak tengok lah. Kot kalian nak tengok Mael Lambung ke? Ha itu aku tak sure. Belum dengar orang cakap best lagi. Sebab tu aku tak tengok. Risiko tengok cerita Melayu ni. Eh? =P

Ikhlas,
Anita.

Comments

Izwa Kamaruddin said…
alooo minggu dpn baru dpt tgk!
ntah bila dpt tgk..aish..
AnaAnne said…
mek!!! are u seyes that man like pet....huhuhu...
cik dila said…
nak tengok tapi entah bila nye la yg boleh tgk.. huhu
tak minat sangat cite macam ne nita...he..he

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA