Alkisah my bestie kahwin! - Puan Ana =)

Assalamualaikum.

Tergendala seketika cerita pasal kawan baik daku yang sorang ni kahwin. Tak lain tak bukan Cik Norhana Mahat yang tersayang. Merangkap roomate waktu aku study zaman di bumi hijau dulu. Berjodoh beliau dengan Encik Azrap akhirnya! Alhamdulillah. Dulu aku deting-deting dengan ex aku, sesama dengan dorang ni jugak. Tapi jodoh dorang panjang, aku pulak tidak Upss. Tiada kaitan ni, merepek sudah. Abaikan.

Before this aku ada cerita yang aku pergi Johor masa kawan aku ni tunang dalam entry ni.  Ambik gambar pun posisi yang lebey kurang je dalam bilik!

 ni posisi masa nikah

yang ni posisi masa tunang! Sebijik, sama je tempat yang kitorang duduk. Cuma orang yang paling kiri je bertukar. hee

Gerak lah daku seawal subuh dengan cik Iela, kononnya nak tengok si kawan aku yang sorang ni nikah. Gigih aku bangun 4.30 pagi terus mandi siap-siap pergi ambik kawan aku yang lain dekat UPM.  Sampai sana dalam pukul 6 lebih aku mesej tak reply-reply. Rupanya tidur lagi! Sabar jerlah cik Azie dan cik Syikin.

Meneruskan perjalanan dalam pukul 7.30 pagi, then sempat singgah sarapan jugak kat R&R Air Keroh. Finally sampai lah ke Segamat dalam pukul 11.30 pagi lebih kurang. Tak dapat pun tengok cik Ana ni nikah. Sampai je sana, tersyahdu sikit. Entah nape tah, ada plak yang menitiskan air mata. sobs.

Mungkin lah mengenangkan persahabatan baik antara kami yang susah senang bersama. Bersuka bersedih bersama juga. Ecewah.

 sempat lah hai bebudak ni snap muka aku yang sebak tengah tulis kat guest book tuh! cisss.

simple and nice.

Simple je tempat guest book dia! Tapi seriously aku sangat loike. Nanti masa aku pun nak juga begini. Lepas sign tu kitorang memasing dapat pensil comey sorang sebatang. Thanks Ana!

berteka teki, siapa selepas ini?? ^_^ 
tapi yang kanan sekali tak boleh! Sudah kahwin sudah...

Alkisahnya lagi, aku ni bukan orang Johor dan memang tak ada sedara mara pun orang sini. Macam biasa, memang ada adat tol ye kat sini? Meriah jadinya, sebab kawan-kawan aku yang duduk depan pintu dapat duit tol dari pengantin lelaki!

muka bebudak teruja dapat duit tol! 1st time dalam hidup katanya. hee

 muka Cik Anita atas pelamin pun harus ada. =P

Bergambar bersama pasangan pengantin yang sama cantik & sama padan.  Cantik plak aku tengok biru plus pink ni. Kalau aku pakai kuning plus pink cantik tak? eh? Oke abaikan.

 this is what we call LOVE. =)

 kredit : Curik gambar facebook Ana.

Nota tambahan:
Diharapkan kamu Puan Ana & Encik Azrap kekal hubungan dunia akhirat InsyaAllah. Serta tabah menjalani kehidupan yang pastinya penuh dengan suka dan duka. Serta tidak mengharapkan kesempurnaan semata-mata dan menerima kekurangan dan kelebihan sesama sendiri. Peringatan untuk diri sendiri juga.  Juga sekiranya diberikan rezeki InsyaAllah untuk peroleh anak yang comey macam korang juga!

Maka selepas ini menantikan siapalah pula gerangan antara kami yang akan menamatkan zaman bujang. Macamnya kan, macam aku je? Eh? Eh lagi? Hee. Jangan lupa ke Perak pula selepas ini.


Ikhlas;
Anita.

Comments

tahniah buat fren nita..cantik..sama padan..tak sabar nak tengok nita lak...

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA