Bandung trip - Hari 2

Assalamualaikum.

Meneruskan agenda Bandung yang baru suku jalan. Maka ceritanya ialah, pada hari ke dua ni aku ke Tangkuban Perahu. Masa 1st plan tu, rasa macam nak tak nak jer pergi sini. Sebab konon misi ialah shopping semata.  Tapi koje gila ke apa, duduk 5 hari nak menyoping saja. Memang bankrap habis lah aku.

Makanya pergilah aku seawal jam 9 pagi bergerak dari rumah penginapan orange homes ni. Aku tengah sarapan dalam pukul 8.30 pagi tapi supir dah tunggu nak ambik. Rajin sungguh supir yang aku dapat ni.

Sebagai tips tambahan, harus perlu tahu nak masuk ke Tangkuban Perahu ni kena dalam RM19 per person. 

Datang cuaca masih di pagi hari, maka sejuk lah di atas sana. Before this asyik sangat teringin bila orang lain ambik gambar kat sana. Sekarang aku plak yang pergi! Wee. Alhamdulillah.

 View Tangkuban Perahu

Kat Tangkuban memang ramai sangat orang yang berniaga, dan ramai jugak yang akan tawar barang yang dijual kat korang. So kalau rasa tak berkenan, tak payah layan. Just senyum kata tak nak. So far aku buat macam tu, tak ada sangat lah yang nak dekat. Lagipun dalam waktu aku pergi ni, memang tengah ramai orang. So kurang lah mereka-mereka nak ikut.

 View dari atas gerai-gerai yang jual memacam.

Dekat sini tak lama, dalam sejam lebih macam tu jer. Nak lama-lama pun tak tau nak buat apa. Ropanya kat sini tempat orang deting. Orang-orang dari negara sana lah. Deting sambil bau sulfur. Hee.

Then sebab masa pun awal lagi kitorang dah tak tau nak kemana, pak supir bawak kitorang ke Taman Stoberi plak. Semangat waja lah hai kitorang nak makan dan petik stoberi besar-besar. Rupanya kecik jer!hihi.

 Ladang stoberi yang kecik jer.

Kena bayar setiap orang dalam IDR25k. Tapi syaratnya boleh petik stoberi 10 bijik je. Muahaha. Dah siap petik 10, dia ambik gunting kite. Lawak-lawak. Tapi dalam masa yang sama, selepas berpenat lelah petik buah tu. Dapatlah setiap sorang jus stoberi! Sedap giler.


Hasil tangkapan stoberi kami.

kan dah cakap, kecik jer!

Selepas tu, makan kat rumah padang. Pilih lah lauk yang macam-macam. Makan berempat habis dalam IDR240k. Mahal jugak tu sebenarnya. Tapi best lah boleh pilih lauk yang macam-macam. Ingat yer, makan pada yang korang nak je. Kalau tak nak jangan menggatal nak ambik. Kang dia cas semua lauk baru pada muka. Aku suka lah, sedappp.


Maka seterusnya, meneruskan perjalanan lagi dengan pergi outlet-outlet. Sampai berpinar bijik mata aku. Bukan berpinar je, loya nak muntah pun ada. Sebabnya lah aku rasa, pusing-pusing tapi tak berniat nak beli, Kan? Jimat nak ke Pasar baru sebabnya.


So barang yang aku beli hanya satu t-Shirt Guess yang bernilai IDR100k.Beli kat Rumah Mode. Ramainya orang masa ni! Tak terkuasa nak mebelek satu persatu.

Hm.. kawan aku cakap, kat rumah Mode ni murah-murah barang branded dia. Tapi aku rasa macam biasa aje. Sebabnya kan aku tak biasa beli barang memahal, so aku tak excited sangat soping kat sini.

Ha oke lah, aku rasa cukup setakat itu sahaja coretan aku untuk hari yang kedua ni. Berjam rasanya nak mencarik idea plus mencari gambar-gambar yang bersepah dalam hp aku.

Sila berjumpa lagi dalam entry Bandung Trip- Hari 3.

Ikhlas,
Anita.

Comments

Chekgu Azrine said…
ohh..rindu nak sopink kat bandung..hahaha
ok, tak sbr tau citer seterusnya.

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA