Trip Bandung - Hari 1 & penginapan

Assalamualaikum.

Hari 1 ni cerita tak banyak. Sebab flight gerak pergi Bandung pukul 8.30 malam. Sampai sana pun dalam 10.30 malam. Asalnya masa book tu gerak jam 3 petang. Tapi last-last delay pulak. Paham jelah, nama pun tiket tambang murah kan. 

Tapi jadik macam rugi sikit lah, sebabnya dah book hotel untuk 5 hari. Tapi hari yang 1st tu just duduk kejap je. Tapi still cas yang sama. Tak apalah, sebab hotel pun tak semahal mana. Tapi bila pikir balik, kalau lah ada yang murah lagi? Jimat sungguh aku ni.

Pilihan hotel aku ialah Orange Homes. Aku book go through by YM then lepas tu baru email. Kira cepat lah respons hotel ni.

·          Penginapan

Hotel Orange Homes

Jl. Babakan Jeruk 1 No. 76

BANDUNG - 40163 - INDONESIA

Phone  : +6285 321 412 367

            : +62222014955

Aku tau pasal hotel ni sebab aku baca belog-belog orang. Then last choice antara yang termurah bagi kewangan macam aku. Satu malam dalam RM90 include sarapan pagi. Tapi kalau nak extra bed tambah IDR100k bersamaan RM33.
So far majoriti yang duduk sini orang Malaysia semuanya. Aku rasa macam dah duduk KL je. Sebabnya, tengah duduk sarapan boleh plak jumpa dengan orang kampung. Jalan kat pasar baru, jumpa lagi kawan lain. See? Tak besar mana pun dunia ni! 

Ni lah rupa tempat penginapan aku. Aku dapat bilik kat bawah jer.Bilik nombor 17. Senang! Tak payah nak peluh-peluh daki tangga. Siap depan kolam ikan lagi. 


Tiap pagi bangun je aku terus tengok kolam. Ikan dia banyak then besar-besar pulak tu. Kira macam nice view lah bagi aku. Sebab aku suka banget dengan ikan-ikan ni.

Bilik dia pun bersih. Sarapan pun just nice. Tak ada lah sarapan yang banyak pilihan. Kalau lambat sket habis.Tapi kat tekak aku ok lagi, entah kenapa dekat tekak kawan aku, dia kata kureng. Upss. No komen. Sarapan dia simple je. Hari satu mee goreng, hari dua ketiauw goreng, hari 3 nasik goreng & hari 4 soto. Plus ada cekodok goreng, tempe goreng & roti bakar. Ha aku tak tau lah, tapi kan tempe dia kat sini sangat SEDAPP! Aku rasa wajib rasa tempe kat sini. Sangat sedap kuasa 10!

Lepas tu, hotel ni ada jugak sediakan SPA. Kot la sesiapa yang rajin nak berurut, berscrub, berfacial. Semua ada! Aku sempat lah ambik masa dua hari berfacial and berurut + berscrub. Just nice jer. hee. Sebab urutan dia macam kurang kuat jer. Best lagi urut kat kampung aku. Tapi untuk rileks2 ok je lepas penat-penat shopping.

Pihak hotel akan pick up free masa kita sampai airport. Tapi dia tak akan hantar kita balik yer. So masa balik boleh ambil teksi. Nanti hotel akan tolong call kan teksi blue bird.

Then bab pengangkutan @ supir tu, hotel ni ada sediakan supir. Satu hari dalam IDR450k, tapi kalau kau pandai ayat dapat lah kurang IDR400k. Kalau pergi ramai-ramai boleh jimat, share ramai-ramai. Macam aku ni berapa kerat jer. So jadi costing sebab 4 hari aku ambik supir! Fuh.

Boleh lah dera pak supir ni 12 jam bawak kemana je yang korang nak. Masa aku g ni, aku ambik supir dari luar. Andri nama dia, aku dapat IDR400k. Kot sesapa nak ni number dia HP 022 95230209 @ +6281214508841. Sangat sopan dan baik orangnya.

Aku rasa itu je kot untuk cerita di Bandung hari 1. Lepas ni nantikan hari 2, hari 3, hari 4 dan hari 5 sampai muntah! Blueekk.

Eh sesapa nak ole-ole dari Bandung, mehla drop komen di ENTRY INI. =)





Ikhlas,

Anita.

Comments

Chekgu Azrine said…
Rindu nk shopink kt bandung!!
oh, yui dah booking hotel patradisa kot lau tak slh.. tp booking tak pyh byr apa2..risau plak toi ka tak..huhu.

jauh tak hotel ni dari pasar tu?
salam nita..lama tak singah sini..apa kahbar..seronoknya gi bandung..soping barang kawin ke...he..he..gurau aje..
akubiomed said…
Belum pernah menjejakkan kaki di Bandung. Orang kata Bandung ini syurga untuk kaki shopping.
Unknown said…

Assalamualaikum Tuan/Puan.

Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA