Rahsia Warna & Tarikh Lahir
Assalamualaikum.
Nak tau rahsia warna korang mengikut tarikh lahir? Ke korang dah tau? Kalau dah tau baca sekali lagi pun tak apa. Saja nak suka-suka gembira di pagi hari. Contohnya macam ni, aku lahir 14 Ogos. So warna yang berkaitan dengan aku ialah HIJAU!
Jum tengok warna apa untuk kalian, ada macam sama ke tidak?
- 23 hingga 1hb Disember - Merah
- 2 hingga 11hb Januari - Oren
- 12 hingga 24hb Januari - Kuning
- 25hb Januari hingga 3hb Februari - Merah jambu
- 4 hingga 8hb Februari - Biru
- 9 hingga 18hb Februari - Hijau
- 19 hingga 28hb Februari - Perang
- 1hb Februari hingga 10hb Mac - Aqua (Biru kehijauan)
- 11 hingga 20hb Mac - Lime
- 21hb Mac - Hitam
- 22 hingga 31hb Mac - Ungu
- 1 hingga 10hb April - Biru
- 11 hingga 20hb April - Perak
- 21 hingga 30hb April - Putih
- 2 hingga 14hb Mei - Biru
- 15 hingga24hb Mei - Emas
- 25 hingga 3hb Jun - Krim
- 4 hingga13hb Jun - Kelabu
- 14 hingga 23hb Jun - Maroon
- 24hb Jun - Kelabu
- 25 hingga 4hb Julai - Merah
- 5 hingga 14hb Julai - Oren
- 15 hingga 25hb Julai - Kuning
- 26hb Julai hingga 4hb Ogos - Merah jambu
- 5 hingga 13hb Ogos - Biru
- 14 hingga 23hb Ogos - Hijau
- 24hb Ogos 2hb September - Perang
- 3 hingga 12hb September - Aqua (Biru kehijauan)
- 13 hingga 22hb September - Lime
- 23hb September - Olive
- 24hb September hingga 3hb Oktober - Ungu
- 4 hingga 13 Oktober - Biru
- 14 hingga 23hb Oktober - Perak
- 24hb Oktober hingga 11hb November - Putih
- 12 hingga 21hb November - Emas
- 22hb November hingga 1hb Disember - Krim
- 2 hingga 11hb Disember - Kelabu
- 12 hingga 21hb Disember - Maroon
- 22hb Disember - Teal Merah
MERAH
Selalunya
mereka yang mewakili warna merah yang garang ini seorang yang comel dan
disayangi ramai. Kamu juga suka disayangi dan menyayangi. Kamu juga sentiasa
ceria dan gembira namun kadangkala dilanda ‘angin satu badan’! Teman/kekasih
yang diingini ialah mereka yang mudah diajak berbincang dan boleh membuatkan
dirinya rasa selesa bila berdampingan dengan mereka.
Krim
Ha! Kamu ini
seorang yang suka bersaing dalam apa juga bidang yang kamu ceburi dan ingin
berjaya. Tapi persaingan secara sihatlah. Kamu juga bersikap suka mendorong
orang lain untuk mencapai apa yang diidamkan. Namun kamu cukup takut akan
‘kehilangan’ sama ada teman ataupun kekasih! Selain itu, sudah tentunya kamu
seorang yang ceria selalu! Sebagai seorang kawan, kamu boleh dipercayai 100%
dan setia pada janji.Dari segi percintaan, kamu amat berhati hati dalam
menjalinkan hubungan cinta dan tak mudah jatuh cinta hingga kamu rasakan
menemui seseorang yang benar-benar kamu cintai! Ketika itu, kamu tak perlukan
masa yang lama untuk melafazkan sayang!
TEAL (Warna Kayu)
Bukan main
lagi kamu ni yek! Tak kira lelaki ataupun perempuan,terlalu menitikberatkan
soal kecantikan dan penampilan fizikal diri kamu. Kamu sering melakukan kesilapan
dalam membuat keputusan lantaran sikap kamu yang suka sangat ambil mudah
terhadap sesuatu masalah. Manakala dalam memilih pasangan, kamu bercitarasa
cukup tinggi. Kamu tak akan pilih yang sebarangan saja! Kamu juga suka
memerintah dan gemar orang lain menurut perintah kamu. Walau bagaimanapun,
sikap kamu yang peramah membuatkan diri kamu punya ramai teman.
Kamu akan berusaha sedaya mungkin untuk
membuat yang terbaik dalam apa juga yang kamu lakukan serta suka menolong orang
lain dan mengambil tahu tentang orang orang di sekelilingnya. Namun kamu sukar
untuk dipenuhi keinginannya dan sering saja berpra sangka buruk terhadap orang
lain.Dari segi percintaan kamu mengimpikan percintaan yang penuh dengan
keindahan semata.
*Hijau
Salah satu kelebihan yang kamu miliki ialah
cukup pandai menyesuaikan diri dengan orang yang baru di kenali. Mungkin kerana
sikap kamu yang tidak begitu pemalu namun dalam tidak sedar kamu boleh
membuatkan orang lain kecil hati dengan kata kata kamu saja! Kamu juga ingin
diri kamu disayangi dan diberi perhatian penuh oleh kekasih hati. Namun
selalunya mereka ini lebih rela maintain single hingga berjumpa dengan
jejaka/gadis yang benar benar sesuai untuk dirinya!
Emas
Kamu seorang yang tahu apa yang kamu
lakukan, yang mana betul dan silapnya. Kamu juga seorang yang mudah bergaul
dengan sesiapa saja dan ceria serta tak suka bersedih biarpun pelbagai masalah
yang menimpa. Dalam soal percintaan, kamu sukar berjumpa dengan orang benar-benar
kamu sukai tapi sekali kamu menemuinya pasti tidak akan kamu lepaskan begitu
saja. Bila sekali gagal, sukar untuk kamu jatuh cinta lagi untuk kali yang
seterusnya dalam tempoh yang lama.
Kuning
Kamu seorang yang manis, tenang dan sopan..
Sebab itulah kamu dipercayai oleh orang-orang yang ada di sekeliling kamu.
Selain itu, kamu juga lebih suka menguasai dalam sesebuah perhubungan
termasuklah soal cinta.Kembang semangkuk hidung bila tiap kehendak kamu
dituruti oleh si dia! Kamu juga mampu membuat keputusan yang tepat kerana
fikiran kamu yang jauh ke depan. Tapi, jangan tak tahu. Kamu ni jiwang karat
juga orangnya. Sentiasa saja berminta hal-hal yang romantik bersama si dia.
Alahai!
Maroon
Bagi kamu yang mewakili warna maroon ini,
kamu digambarkan seorang yang bijak dan tahu apa yang terbaik untuk diri kamu.
Namun kamu juga suka melakukan sesuatu itu menurut kehendak dan pendapat kamu
sendiri tanpa pedulikan perasaan atau pendapat orang lain. Itulah yang menjadi
masalahnya! Dari segi percintaan, kamu cukup sabar dan tidak terburu-buru untuk
menjalinkan percintaan. Kamu juga terkenal dengan sikap setia kamu dalam
perhubungan!
Oren
Syabas! Kamu ini jenis orang yang berani
menanggung segala risiko atas tiap perbuatan yang kamu lakukan. Baguslah macam
tu. Kata orang, berani buat beranilah tanggung. Kamu juga bijak mengambil hati
orang-orang di sekeliling kamu dan ini membuatkan diri kamu disenangi ramai.
Kamu punya matlamat tersendiri dalam hidup yang menjadi target kamu selama ini dan
sanggup bersaing untuk berjaya. Menyentuh soal perhubungan, kamu sebenarnya
seorang yang sukar untuk mempercayai orang lain tapi bila kepercayaan itu
wujud, selamanya kamu akan percayakan dia! Begitu juga dalam perhubungan cinta.
Bagi kamu, saling percaya itu amat penting!
Ungu
Amboi! Kamu ini gadis/jejaka misteri
rupanya Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang
benar-benar kamu percayai. Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri
sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu.
Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu
rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri
kamu dan begitu juga sebaliknya. Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih
cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan
mereka.
Warna buah limau (Lime)
Sifat kamu yang tenang saja sepanjang masa
amat dikagumi ramai. Tapi jangan tak tahu, kamu juga mudah rasa tertekan bila
dilanda masalah. Selain itu, kamu boleh dikatakan agak cerewet juga kerana
perkara-perkara kecil pun kamu amat prihatin! Pun begitu, kamu punya
personaliti tersendiri yang membuatkan orang ramai menyukai diri kamu. Amboi!
Kamu ini rupanya seorang kekasih yang kuat cemburu yek?
Perak
Ternyata kamu ini seorang yang berimaginasi
tinggi dan tak hairanlah kamu turut berbakat dalam bidang yang berkaitan dengan
seni.Walau bagaimanapun kamu sebenarnya punya sifat pemalu yang agak menebal
juga! Namun sikap kamu yang suka mencuba sesuatu yang baru mampu menstabilkan
keadaan…bukan apa, kamu suka mencabar diri kamu sendiri untuk melihat
sejauhmana kebolehan diri. Dari segi perhubungan cinta, kamu lebih suka
bersikap ‘hard to get’ untuk menduga keikhlasan hati si dia. Namun hubungan
cinta kamu seringkali dilanda kekeliruan dan tak begitu stabil. Tapi usah
bimbang, kamu akan menemui cinta sejati juga suatu hari nanti.
Hitam
Kamu gemar kehidupan yang mencabar dan
punya keberanian untuk melakukan apa saja. Sebab itulah, usah ada sesiapa yang
cuba mencabar kamu kerana kamu ni kan pantang dicabar. Tapi kamu tak begitu
gemarkan perubahan mendadak dalam hidup kamu. Namun sekali kamu membuat
keputusan, ia sukar untuk diubah oleh orang lain. Kisah cinta kamu juga begitu
mencabar dan perlukan banyak kesabaran jika inginkan perhubungan itu
berkekalan. Belajarlah untuk bertolak ansur sikit!
Warna buah Zaiton (Olive)
Bagi kamu yang mewakili warna ini dikatakan
seorang yang baik hati dan suka menolong orang lain. Sebab itu juga kamu tak sukakan
keganasan.
Kamu juga bijak menyesuaikan diri dengan
teman-teman hingga membuatkan kamu menjadi ‘favourite’ di kalangan mereka.
Sememangnya kamu seorang yang baik hati dan sentiasa ceria. Namun ingat, jangan
terlalu percayakan orang lain membabi buta. Dalam soal cinta, kamu cukup
menenangkan hati si dia dan tak suka cari pasal!
Perang
Kamu seorang yang cukup aktif dan tak suka
duduk diam saja. Pelbagai aktiviti yang dilakukan bagi memenuhi masa lapang.
Sebagai seorang teman, kamu sentiasa menyokong tindakan positif teman-teman
yang lain. Pun begitu, kamu sukar untuk didekati dan agak sombong jika tak
boleh sesuaikan diri dengan seseorang. Dalam soal cinta, kamu mudah jatuh
cinta. Tapi bila kamu sedar cinta kamu itu tidak berbalas, kamu cepat putus asa
dan mengalah dengan mudah. Macam tu pulak? Seharusnya kamu perlu kikis sikap
itu dan cuba berusaha untuk mengambil hati si dia. Mungkin ‘rezeki’ kamu untuk memilikinya
nanti?
Kelabu
Kebanyakan mereka yang diwakili oleh warna
Kelabu ini sangat menarik orangnya dan aktif. Kamu juga ingin diri kamu
dikenali orang ramai dan menjadi kepantangan kamu pula sekiranya tidak dilayan
dengan adil oleh sesiapa saja! Kamu juga seorang yang tidak gemar menyimpan apa
juga perasaan di dalam hati dan lebih suka meluahkannya. Sesekali kamu boleh
bersikap pentingkan diri sendiri. Namun kamu amat pandai menawan hati orang
lain apatah lagi dengan sikap humor yang kamu miliki itu.
Biru
Ternyata kamu seorang yang punya keyakinan
diri yang rendah dan terlalu pemilih sangat. Tak bolehlah macam tu.. Itu adalah
sikap negatif yang harus kamu ubah kerana mendatangkan kerugian pada diri kamu
sendiri. Selain itu, kamu juga cederung ke arah kesenian dan sememangnya kamu
berbakat dalam bidang itu hingga mampu menjadikan kerjaya berkaitan dengan seni
sebagai kerjaya tetap. Soal cinta pula, kamu mudah sangat jatuh cinta tapi
seringkali juga putus cinta. Mana taknya, orang lain bercinta kamu pun hendak
bercinta. Tapi kamu bukan benar-benarmenyintai si dia setulus hati. Silap
sendiri lah kan? Kalau kamu mahukan hubungan itu berpanjangan, kamu harus
bersikap lebih serius dan ikhlas.
Kamu mencintai diri dan kehidupan kamu
sendiri melebihi segala-galanya.Bagi kamu, jika kamu tak sayangkan diri sendiri
kamu siapa lagi? Kamu juga seorang yang berpersonaliti menarik hingga sering
menjadi perhatian ramai. Selain itu, kamu juga berpandangan jauh untuk masa
depan. Tapi berhati hati dengan sikap pemarah kamu tu. Sekali kamu marah pada
seseorang, sukar kamu nak melupakannya. Jadi, belajarlah memaafkan orang lain.
Sebab itu juga kamu sering bertengkar dengan si dia. Mana taknya, kamu ego
sangat nak maafkan orang lain sedangkan kamu sendiripun ada melakukan
kesilapan!
Putih
Kamu punya matlamat yang jelas dalam hidup
dan berusaha keras untuk mendapatkannya. Orang lain juga sering memberikan
penghargaan tinggi terhadap kamu memandangkan kamu agak berkebolehan dalam
pelajaran/kerjaya. Walau bagaimanapun, kamu ini kuat cemburu orangnya dan
kadangkala sukar nak bekerjasama dengan orang lain. Perhubungan cinta kamu juga
sering tegang dek kerana sikap cemburu kamu terhadap si dia. Cemburu itu memang
tanda sayang tapi kalau dah melampau tu, cemburu buta namanya!
Mak oi! Angin satu badan kamu ini rupanya.
Senang sangat mood kamu berubah secara tiba-tiba hingga kadangkala buat orang
lain bosan. Mungkin sebab itu juga membuatkan kamu kadangkala lebih suka
menyendiri melayan perasaan tapi kamu suka melancong untuk meluaskan
pengalaman. Kamu juga seorang yang jujur dan mudah percaya kepada orang
lain.Dari segi percintaan, kamu sukar menemui cinta sejati dan sikap terlalu
mudah percaya pada orang lain membuatkan kamu sering tertipu serta gagal dalam
bercinta…! Oleh itu, percaya boleh, tapi jangan membuta tuli, kelak memakan
diri! Kredit : SINI
P/S
Jangan percaya 100% tau. Ambik yang baik untuk jadi pengajaran. Yang buruk pulak jadikan sempadan. Tapi macam ada yang tersama sikit lah. Eh? =)
Ikhlas,
Anita.
Comments