Melawat Kuching Sarawak!

Assalamualaikum.

Ini antara entry yang agak lapuk sebenarnya. Tapi baru nak memunculkan cerita dalam belog ni as a kenang-kenangan aku pergi Sarawak last month. 

So far percutian aku kat sana sangat BEST! 5 bintang aku bagi.

Sebabnya ada kawan aku yang kerja dekat sana, so nak kemana-mana sangat senang sebab dah ada pemandu pelancong yang sangat bertauliah. Kawan baik aku masa form 5 dulu Cik Ulfah Zahira. Plus Pakcik Zul selaku tunang kawan aku tu. Pengangkutan free! Tempat tidur pun dah free! Kadang makan pun terfree sebab dorang belanja pulak kan. Untung sungguh.

Makanya terbang lah daku ke bumi Kuching pada hari Khamis malam dan berkampung sampai ahad kat sana.

Jum layan jalan cerita aku dari start aku sebelum terbang ke Sarawak sampailah hari Ahad aku terbang balik ke KL!
Nak ikutkan aku pergi ke LCCT naik bas dari KL Sentral, so tambang bas around RM10. Perjalanan ambik masa dalam sejam. So far oke saja, sebab aku malas nak drive plus tak reti jalan sangat takut sesat. So decide ambik bas. Gerak petang dalam pukul 5 lebih sampai dalam 6 lebih! Awal gila kan? Padahal flight pukul 9 malam. Terlebih semangat kitorang ni!


Dua keping muka cik Azie yang sangat semangat! Katanya " Cepatlah ambik gambar aku..cepatlah.." HAHA. So aku ambik muka dia saja depan kapal terbang tu. Bila dia suruh aku, aku tak nak. HIHI

Maka sampai airport Kuching dalam pukul 11 malam, ada kawan yang ambik! Terus bawak kitorang makan dekat Ayam Raja Bakar kot kalau tak silap. SEDAP gila! Ayam penyet style. Ayam yang dibakar tu entah kenapa sangat empuk dekat tekak aku. Ke mungkin lapar entah.

 Ni dia ayam raja tu! Dalam gambar maybe nampak biasa saja. Tapi sebenarnya sedap deh!

So selepas itu pulang ke rumah dan tidur-tidur ayam sampai ke pagi! Almaklumlah datang tempat orang plus jumpa kengkawan, haruslah gosips sampai ke subuh. ZZZZ

Seterusnya esok pagi...

Kawan aku yang duduk Sarawak ni kan kerja, Jumaat plak kan aku dah sampai. Maka before beliau pergi bekerja, sempat lagi hantar kitorang kat bandar Kuching tu. Maka berpusing-pusing lah aku macam pelancong! Berjalan berduaan sahaja. Memang tak tau apa tanpa peta bagai, main bedal jalan entah kemana-mana. Sambil pusing carik cenderhati untuk kawan-kawan. Jugak semangat waja nak bergambar depan tugu Kuching tuuuu!

 Area waterfront.

 Baru aku tau ni ADUN! mercu tanda Sarawak.  Sungguh aku tak pernah tau. Kesian aku kawan aku gelakkan aku sakan!

Maka melepak dekat area waterfront sampailah tengahari dalam pukul 1 macam tu. Puas berjalan! Dengan keadaan yang panas ya rabbi! Nak ikutkan aku dah mula sakit kepala, tapi aku gagahkan diri.  Lepas tu kawan aku datang ambik dan pergi makan dan balik rumah untuk berehat sampai petang. Sebab malamnya kitorang ada plan untuk makan besar kat topspot seafood!

Dan pabila sudah malam...

  Muka kegembiraan! Makan seafood sedap GILA!
Antara yang kitorang makan. ikan siakap 3 rasa, ketam masak cili, lobster pun masak cili, sotong tepung, udang butter,  ayam pansuh & umai.

 Sila bayangkan makanan sebanyak ini kami berlima makan dengan keadaan yang sangat terkial-kial!
Alhamdulillah ada orang belanja!

Lepas makan tu, sekali lagi kitorang melepak kat area waterfront tu! Menyedut udara malam katanya. Bagi aku agak best lepak malam kat waterfront ni. Santai sangat. Macam-macam gelagat ada, macam-macam nyanyian ada sepanjang tepi sungai tu. Tapi aku tak ada ambik gambar pulak penyanyi-penyanyi jalanan kat situ.

Ha lupa nak cakap, ini abang kepada kawan aku si Azie. Abang dia yang memang bekerja kat kuching ni sebenarnya. Abang Ngah namanya. Abang ni juga sebenarnya yang belanja kitorang makan seafood sedap tadi! TERIMA KASIH banyak Bang Ngah! Single tau! Ada sesiapa nak? Ehem.

Habis cerita malam yang perut kami tersangat kenyang! Sebenarnya ada bawak balik sikit ketam yang tak habis. Kemain sampai nak berbungkus kan? Sebab bila kitorang makan ketam tu untuk sarapan esok paginya. Fuh meletup! Lagi sedap makan dari makan malam tadi. Masalah kan kalau orang suka makan ni? 


* * *

Maka episod seterusnya...

Kami pergi ke Sarikei pulak! Fuh kawan aku si Azie shopping memacam kat sini. Tapi bagi aku masih so so lagi harga dia. Taklah super duper murah. Ke sebab memang aku tak ada nak beli barang sangat, maka aku pun kurang nak survey. Sini pun panas jugak cuaca dia!


Ada pulak tiba-tiba kakak aku nak kirim memacam masa ni. Kirim 5 tikar rotan yang besar-besar tu. Tak termampu nak bawak balik sebenarnya. Lepas 3 ketul je naik kargo, yang dua ketul lagi dalam proses pengeposan.

Lepas tu pergi makan dekat moms Laksa! Sangat terbaik ouh dua makanan kat bawah ni!!

 Mee Kolok

 Laksa Sarawak

Bab laksa sarawak ni aku memang suka gila! Nak diikutkan, ini first time aku makan laksa ni. Tapi keterujaan dia sangat power! Sedap dia sangatlah sedap! Dapat bayangkan apa yang aku nak cakap? Then bila dah balik semenanjung, aku cuba buat. Beli pes kat sana, tapi rasa dia biasa saja! Kenapa tak sesedap yang daku makan kat sana. *muka sedih*

Maka keesokannya lagi... (hari terakhir)

Misi terakhir kami, beli ikan terubuk masin & kek lapis! Dua menu wajib yang harus dibeli untuk ole-ole kengkawan.

Sempat lagi sakan bergambar before nak naik sampan!

Thanks Ira & Encik tunang!!

| Azie | Ira | Nita |

Cakkk aaaa! Mungkin itu yang aku nak sampaikan! Mira cake house ni kawan aku kata antara kek lapis yang gelamor kat sini! Aku tak study sangat masa nak datang Kuching ni. Kawan aku si Azie yang setelkan semua. Hehe. So far apa yang aku rasa, sedap! Aku suka je semua kek-kek dia. Aku beli 2O kek lapis. Harga dalam rm10 satu. Maka untuk kek sahaja aku habis RM200! Aiyaaa. Tapi tak apa, jangan berkira!

Lepas tu beli ikan masin! Baru aku perasan, tak ada satu gambar pun masa beli ikan masin kat Pasar Satok. Disebabkan kesihatan aku yang parah masa tu! Agak parah lah, sebab sakit kepala yang tak mampu nak bercakap dah. Tapi aku layankan jugak! Kesian kawan aku nak berjalan sakan takkan aku nak hilangkan mood dorang pulak. 

Gambar yang atas ni, gambar kitorang makan kat CRS kot kalau tak silap nama dia. Kat sini banyak gila francais kedai ni. Tapi agak pelik, kenapa kat semenanjung tak ada? Kedai dia ala-ala Chicken Rice Shop kat sini. Aku suka makan kat sini. SEDAP! Ah aku ni, semua sedap? Kan?

Ha satu lagi! Menu yang dicari kat sini sayur midin! (kawan aku cakap sayur simi-simi) Adooi! Tau tak sayur midin tu apa? Aku tak pernah tau langsung. So sangat ecxited aku nak makan, tapi aku rasa biasa-biasa saja. Alamak, bukan senang nak cakap tak sedap bab makan aku ni. Mungkin yang aku makan ni, dia tumis manis-manis. Tu agak kurang kat tekak aku.

Aku pun tak tau apa motif. Tapi cantiks hiasan dia, sebab dah nak musim gawai masa ni.

Sedara ke cik kak? 

Ini sempat lagi melepak kat taman pahlawan ke apa ntah. Aku pun tak pasti apa nama dia. Sempat nak singgah sini sebelum tengok wayang! Sempat nak berwayang kat sini! Padahal kat KL boleh je kalau nak tengok. Aduhai. Nampak tak apa yang aku nak cerita? Maksudnya, kitorang memang akan isi masa terluang dengan apa jua aktiviti! Automatik duit pun koyak rabak.
Pulang before terbang! Makan KFC dulu..


Bye-bye bumi Kuching! Sehingga kita berjumpa lagi di lain tahun. InsyaAllah.

Sampai KL dalam 1 pagi then naik teksi sampai Serdang! Yeay beratus nilainya harga naik teksi malam tu. Tapi tak apalah, redha saja.  Nak suruh Mr. N ambik dekat Lcct, tapi barang banyak sangat. 



Ikhlas,
Anita.
 

Comments

Teratak pena said…
amboi... seronok sakan nampaknya... best betul gi sarawak..
Cik Da said…
amboi nita ...bila g ni x da ole2 utk kak ker kikiki....lma dah x g kuching ni x g gua angin ke best tau...
Unknown said…
sakan nohhhh happy :)
Chekgu Azrine said…
Rindunya nak dok sarawak..dulu kck2 la duduk kuching..skang xpnh pegi dah sarawak..tingin nk holiday kt sarawak.
Eintan Nurfuzie said…
bestnyeee

http://www.nurfuzie.com/2013/07/sesi-spying-omey-cik-en.html
Unknown said…

Assalamualaikum Tuan/Puan.


Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi :

KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency

Sebuah serikat yang punya legalitas di Indonesia, memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan, juga dengan harga tour yang sangat berpatutan sekali seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour, Bali Muslim Tour dan sewa kenderaan.

Contact person : Amsyahril
Mobile : +6285263007445
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.


Unknown said…
JIKA ANDA BUTUH ANGKA GHOIB/JITU 2D.3D.4D YG DI JAMIN TEMBUS 100% DI PUTARANG SGP/HKG SILAHKAN SAJA ANDA TLP KY JAYA DI NOMOR 085-342-064-735 TRIMAH KASIH
Unknown said…
ha!! abg ngah dah kat kuching ke....
Unknown said…
ha!! abg ngah dah kat kuching ke....

Popular posts from this blog

Pantun dua kerat 30

Teka-teki dan Jawapan

Cik Anita songeh giveaway...