Dapat baju baru yang surprise lah katanya!

Hello.

Ini cerita semalam sebenarnya. Kerana benda ini semalam, mood aku sangat berbunga-bunga sampai ke hari ini. Semalam jugak aku jadi super duper rajin. Rajin sampai baju berbesen aku basuh tanpa rasa sengal tangan. Seronok je menyental. Mental kan aku? HAHA

Plus semalam jugak kan aku dapat kursus kat Bagan Lalang tu, rasa gembira lagi. Sebab nanti boleh jumpa Mr. N kejap. Kalau la sempat. Tapi tengok gaya macam busy jee.

Alkisahnya...

Semalam aku masuk pejabat sebab nak setelkan kursus dekat Bagan Lalang tu, aku tengok ada parcel untuk aku. Teruja gila aku bila dapat parcel  from dia. Maybe dah sampai last week, tapi aku tak tau pun barang tu dah sampai sebab opis tak inform. Opis cuma letak kat unit BM je. Sampai hati opis. Kalau aku tak masuk opis sampai tahun depan, maka berkurun la barang aku. Sobs.

Patutlah Mr. N mintak alamat aku. Bila aku tanya nak buat apa? Dia tak jawab. Nak suprise la sangat katanya. Perangai dia memang begitu, so layankan saja.

Parcel penuh kasih sayang tema dia. hihi
Jum layan muka gedik cik Anita sebentar. Teruja kuasa seploh!

Aku balik kerja semalam, terus sarung baju yang aku dapat nih! Tak rasa penat langsung. Dengan tudung aku tak pin, gulung-gulung je macam pakai tuala atas kepala. =P Tapi macam eh? Comey jugak pakai baju ni dengan tudung ni. Perasan!

Upss!!!
Aku suai padan dengan kain. Supaya nampak lebih sopan gitu. 
Kalau nak pakai seluar pun boleh.
Kain dia jenis jarang gitu, kena pakai inner. Agak leceh.
 Tapi kalau berambut bebas maybe boleh pakai tube je dalam  dan pakai  legging. 
Sebab baju dia jenis besar dan longgar-longgar gitu.
Tapi oh tidak. Enggak boleh berstyle gitu sekarang. 

Okeyh iklan kejap, sebenarnya baju ni Mr. N beli dekat kawan dia. Aku kenal jugak la kawan dia ni sebab jadi kawan dekat instagram aku. So aku pun print screen la mana satu baju aku. Nampak tak? 

 kredit - itskoopa

kredit - itskoopa

Apa pun thanks pada Mr. N atas kejutan baju ada corak-corak kelopak ayam ni. Eh kelopak ayam? Hehe. Bagi lah selalu... 


Ikhlas,
Anita.

Comments

Chekgu Azrine said…
Lawa sgt...sesuai dgn sis..
Beruntungla..

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA