Pengalaman dan Tips Temuduga Sebagai Guru Mara

Assalamualaikum.

Alkisahnya ini cerita yang tertangguh dalam draft. Entah kenapa aku tak sempat nak publish temph hari. Maka aku pun sambung taip hari ni.

* * *

Di satu petang yang hening sedang daku memandu kereta balik kerja, tetiba dapat satu mesej. Masa aku dapat mesej ni 29 November 2013 | 06.10 pm. Mesej tu berbunyi seperti di bawah :

MARA : TAHNIAH! Semakan Temuduga Guru Mara. Sila layari portal MARA untuk keterangan lanjut. Sekian terima kasih. 

Memula tu, eh yeke ni? Ke mesej tipu je ni. Paham jelah sekarang ni banyak sangat penipu. Tapi aku gagahkan diri jugak bukak. Maka bila aku cek, yeah. Ada nama aku! Tapi mak ai dekat sangat ni kat Penang!

Pergi lah aku dengan kalut bagai sebab takut nak mintak cuti dekat bos. Sebab rasa macam jauh juga, maka aku ambik cuti dua hari dan stay rumah cousin yang duduk area Penang tu.

Alhamdulillah pengalaman ditemuduga tu berjalan dengan baik. Sangat berjaya bagi aku. Walaupun menggeletar dan jantung berdegup kencang. 


Meh aku belanja sikit muka aku masa pergi intebiu tempoh hari! HEHE. Waktu ni tengah rehat dan sudah habis dua sesi. Microteaching je belum! *rerama terbang dalam perut*


Thanks pada emak jugak! Sebab sudi menemankan anakanda yang tercinta nih. Sayang emak sangat!

Aku cuma nak bagi tips yang tak tips sangat pun. Rasanya mungkin berguna kepada sesiapa yang nak pergi temuduga sebagai guru Mara. Kebiasaannya akan ada 3 bahagian. Bahagian pertama tu, ujian komputer, kemudian temuduga & bahagian Microteaching. 


Tips  mudah :

Study 

- Sangat PENTING! Sebab persediaan yang kita buat, akan menjadikan kita lebih berinfo. Terutama perihal MARA. Kena baca apa visi, misi, nama pengarah & apa jua penglibatan perihal Mara. Tapi, tak semua dia akan tanya, terpulang pada para penemuduga. Mungkin kita baca 1001 info, tapi yang ditanya cuma seketul je. 

- Fokus pada subjek yang ditawarkan. Contohnya, anda ditawarkan subjek Bahasa Melayu. Baca apa-apa info terkini perihal subjek kita. Macam aku, dia ada tanya macam mana cara untuk memantapkan cara pengajaran subjek yang kita ajar. Jugak macam mana nak ajar karangan bagi mudah?

- Tapi, ada jugak dia tanya aku pasal sukan. Apakah penglibatan kita pada sukan dan perkara yang berkaitan. Sukan tertinggi yang kita terlibat. 

-Mesti dia akan suruh kita perkenalkan diri untuk permulaan tu, bersedia untuk perkenalkan diri dalam Bahasa Inggeris. Walaupun mungkin kita subjek Bahasa Melayu, tetap perlu ada keyakinan untuk bercakap dalam bahasa lain.

- Ha! Tak lupa jugak dia akan tanya perihal cara kita berfikir (critical thinking) Maka contoh soalan yang dia akan tanya adalah tentang student itu sendiri. Contoh : Boleh ke guru bercinta dengan pelajar? Macam mana nak tarik minat student di dalam kelas? dan sebagainya.

Confident & Unik

- Bagi aku confident ni terpulang pada diri masing-masing. Kalau dah study habis-habisan, sudah tentu secara tidak langsung confident tu datang pada diri kita. Mungkin sebab aku dah ada pengalaman mengajar, maka itu sedikit bonus pada aku. 

- Waktu microteaching khususnya. Unsur confident semasa mengajar tu kena ada. Bagi aku tidak perlu ada ABM yang super duper power, kalau kita tak ada keunikan dalam mengajar maka semua tu nothing. Sebab, aku cuma datang bawak kertas sikit je, tapi masih boleh digunakan untuk menarik minat penemuduga. 

*Sebabnya ada yang aku tengok beriya bawak macam-macam tapi tidak berjaya. Tapi ok je, usaha tu yang sangat penting!

- Unik yang aku maksudkan tu, macam mana kau nak ajar budak dalam kelas? Macam mana nak tarik perhatian pelajar? Bukan semata mengajar dan bla bla bla. Meh aku bagi contoh yang aku buat dan apa yang aku bincangkan dengan kawan-kawan aku yang berjaya temuduga. Masuk bilik untuk microteaching tu, mulakan dengan cara bagaimana anda mengajar di dalam kelas.

Contoh:
 " Sebelum saya ajar kelas ni, susun meja! Tu sampah tu kutip! Macam mana lah saya nak mengajar kalau bersepah macam ni".

" Ambik gula-gula ni cepat! Saya tau kelas saya ni dah hujung-hujung awak semua mengantuk kan?"

Faham tak macam mana apa yang aku nak sampaikan? Mulakan sesuatu dengan perkara yang berbeza tetapi memberikan kesan kepada pelajar untuk bergerak. Bukannya masuk kelas, oke  tajuk yang saya nak ajar hari ini sekian sekian dan sekian. Sebab itu terlalu kliser!

- Jugak apa yang aku nak tambah, waktu aku kena microteaching dulu lain. Sebab aku kena menari! Kena bersajak! Kena menyanyi! Kena berlakon! Fuhhh. Menyanyi lagu Siti Nurhaliza lagi. HEHE. Kalau anda dapat task yang macam aku, nyanyi jeee. Tak sedap belakang kira. Suara kena kuat dan jelas!!

Minat


- Sebenarnya kena ada minat yang mendalam dalam bidang yang kita nak. Kalau rasa sekadar untuk mengisi jawatang kosong. Sangat sedih aku rasakan. Tapi mungkin lepas dah masuk minat tu akan datang kemudian ke, wallahualam.

- Jangan sesekali kata ada tidak berminat. Kalau cakap camtu memang 100% anda akan digagalkan!

- Dia akan tanya, sanggup ke sekiranya dihantar ke Sabah atau Sarawak? Jawap je YA! HEHE. Sebab tu aku jauh tercampak sini. Tapi alhamdulillah. 

Berserah

- Akhir sekali doa! Doa selepas kita dah berusaha dan berserah pada rezeki Allah. 

- Mintak doa dan restu dari keluarga. SANGAT PENTING! Apatah lagi doa dari ibu dan ayah kita. Jugak dalam kalangan adik beradik kita. Sebab keluarga lah yang tahu jatuh bangun kita dann akan sanggup bersusah senang dengan kita.

- Kalau tak dapat, jangan menyalahkan takdir. Sebabnya kita perlu sentiasa percaya bahawa perancangan Allah tu sangat cantik. Cuba lah lagi pada peluang yang akan datang. Jugak buat pengetahuan kalian, aku mohon dah banyak kali baru dapat panggilan temuduga. 


Aku rasa itu je pengalaman dan sedikit info yang aku dapat kongsikan buat kalian. Semoga berjaya dan menjadi bakal guru yang unik dan dapat memberikan ilmu yang berguna kepada bakal pelajar kelak. InshaAllah.

Ha nanti aku cerita, macam mana pulak reaksi aku bila BERJAYA temuduga nih! Jugak apa masalah berkaitan yang aku hadapi selepas itu. hehe. Banyak benda lagi yang berlaku sebenarnya. Sebab aku kan memang dah bekerja! Sedihnyaaaa. Eh kenapa sedih?

Bersambung...



Ikhlas,
Anita.


Comments

Good luck..moga ada rezeki.

And..welcome to mara :)
Cik Anita said…
Alhamdulillah rezeki dapat :)
Nak tanya.. Ada tak org yg berusia ikut interview tu

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA