Pernah dengar tak PESTA KAUL?

Assalamualaikum.

Apakah itu Pesta Kaul?

Korang pernah dengar tak apa itu pesta kaul?

Sejujurnya aku tak pernah tau pasal pesta ni kalau aku tak datang kerja dekat sini. Entahla, ke sebab aku ni tak banyak membaca bahan sejarah atau ilmiah tu yang jadi tak tau. Perayaan yang sangat gelamor sebenarnya dekat Mukah ni.

Lebih kurang macam pemujaan semangat laut kot kalau tak silap. Dari apa yang aku tanya dekat anak-anak murid aku. 

Jum baca sikit apa itu PESTA KAUL.

Pesta Kaul Mukah, tradisi yang menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dengan seribu keunikan akan berlangsung pada 21 - 29 April 2012 di Taman Kala Dana dan sekitar bandar Mukah.
Pesta Kaul berbentuk keramaian masyarakat Melanau yang diraikan setiap tahun ini dahulunya adalah perayaan keagamaan masyarakat Melanau pagan untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat, ladang dan hutan agar penunggu tidak mengganggu mereka ketika mencari rezeki. Dahulunya, pesta kaul lebih berbentuk ritual-ritual, mantera dan sembahan.
Kini, Pesta Kaul Mukah telah menjadi medan perkelahan terbesar masyarakat Melanau dan Sarawak secara keseluruhannya, serta manifestasi khazanah budaya kaum Melanau dari aspek pakaian, kraftangan, makanan, permainan, tarian dan adat resam. Lebih-lebih lagi pesta ini telah diabadikan dalam kalendar pelancongan tahunan Negeri Sarawak.
Sumber : SINI 

Okey sekarang aku bersiap nak pergi Pesta Kaul. Nak ikut? Jumm. Nanti dah balik aku cerita apa yang best dekat sana. Dikhabarkan jugak semua etnik akan ada dekat sini. Jugak ada bina rumah ke apa tah. Ada semua pelbagai makanan tradisional jugakk!


Ikhlas,
Anita.


Comments

Teratak pena said…
Itulah kan, bak kata orang jauh perjalanan luas pandangan. apa lagi duduk diperantauan. banyak pengalaman dan adat yang boleh kita pelajari
puanstoberi said…
itu lah bes nya duk d tpt orang. hihi :D

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA