Rambang mata tengok Veil

Assalamualaikum.

Sebelum memulakan entry ni, aku mintak maap yer. Kalau ada yang tak mampu nak melayan angan-angan dan cerita kahwin aku. Akan ada cerita susulan pasal kahwin kahwin dan persediaan kahwin. Hehe. Sebab memang tengah ligat otak aku ni mencarik idea yang bernas untuk majlis aku nanti.

Pantang mengadap komputer, memang aku search je benda yang berkaitan. Hari ni aku rasa macam terkeliru nak pilih mana satu veil aku nak pakai. 

Aku dah PM harga dan so far harga memuaskan. Sekitar rm180 termasuk pos. Cepat je orang tu balas bila aku tanya harga. Good. Macam tulah bisnes kan.

Aku sebenarnya tak ada lah nak kahwin awal sangat. Ada yang berteka teki dan bertanya. Tapi belum sempat nak jawab lagi bila. Masih ada masa antara majlis tunang dan majlis nikah. Apa-apahal pun aku akan tunang dulu. Belum nak nikah terus. Sebab proses nikah kan berperingkat. Bila dah jauh ni kena schedule bebetul mana satu aku nak mulakan dari mula sampai lah akhir. InshaAllah.

Tapi kalau dapat nikah cuti bulan Mei ni pun best juge. hihi. Eh? Tapi itulah. Tak sempat dan tak sempat. Jadi tau dah bila majlis aku? So apa yang sempat hanya untuk majlis tunang cuti sekolah Mei ni.

Cuma yang aku rasa confuse sekarang, kalau aku nak pakai veil macam ni waktu tunang. Tak ke aku nampak macam over sangat macam nak nikah. Padahal tunang je kot. Aduhai. Tapi tulah, apa yang aku nak pakai masa tunang. Ke nak pakai tudung bawal? Ke nak pakal shawl? Ke nak pakai tudung ada awning tu??

Sementara fikir banyak-banyak... Meh layan veil yang aku rasa teruja kuasa seploh! Ke sebab patung ni cute, maka nampak aduhai cantiknya. Ke kalau aku pakai jadi kelakar? *wondering*

Semua gambar ni aku dapat dari VEIL by Adria Cottage. Meh la jenguk kalau korang berkenan. Sebab aku sangat berkenan.

Kuning + Silver. Cantik?

Pink pilihan 1

Pink pilihan 2

Pink pilihan 3

Pink pilihan 4

Okeh nak cerita pasal pink dulu. Kliser kan pink dan perempuan. Aku rasa macam pink sangat cantik. Rasa macam lembut je mata memandang. Tapi Mr. N tak nak pink. So aku redha pink bukan dalam pilihan.

Ini silver + peach pink purple (Ini macam sesuai untuk nikah aku)

Ini ala-ala peach.

Putih pilihan 1

Putih pilihan 2

Sebenarnyaaaa... Sebenarnya putih adalah permintaan aku untuk majlis nikah! Aku sangat mengidam untuk bersamding warna putih. Memang sangat mahu. Bukan mahu yang sedikit. Tapi tak dilayan dek Mr. N. Sebab bagi aku, putih kan suci murni begitu. Kalau pakai putih melambangkan hubungan dan ikatan yang baru dibina tu. Aku dah pujuk banyak kali, tapi tak dilayan langsung. Maka redha lah dengan tema nikah yang aku dah cerita tempoh hari.

Ni pun macam cantik.

Last sekali korang kena tengok betul-betul pengantin yang pakai veil jenis macam ni. Aduhai. Cantik kan? Ke sebab memang pengantin ni cantik. Ke sebab warna pink ni menaikkan seri pengantin ni. Ke sebenarnya kuasa camera yang menjadikan gambar cantik?



Sekian itu sahaja berita kahwin-kahwin dari saya.


Ikhlas,
Anita.


Comments

Chekgu Azrine said…
Semua pun cantik sis..skg warna tgh in is mint green..blhla pk2 kan warba tu utk tunang sis..hehe
Cik Da said…
dik non yg ni 3 tu cantik....pink silver tu hi2....
Teratak pena said…
nampak cam dah dekat sangat...
warna peach pun nampak cantik
Cik Anita said…
Cekgu Azrine~

Mint green? Ehem, mungkinkah warna itu untuk majlis persandingan. hee
Cik Anita said…
Kak Aida!

Really? Alaa.. tapi pink bukan dalam senarai. sobs.
Cik Anita said…
Kak Siti!

Takdela dekat sangat~ huhu. Tapi duduk jauh ni kena la prepare sungguh2..

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA