Sambungan... apabila aku sudah berjaya! Alhamdulillah

Assalamualaikum.

Ini kisah yang aku janjikan apa yang berlaku selepas aku berjaya dalam temuduga tu. Rasa sedih, gembira, terkejut & terkedu semua ada!

Kalau ada yang tertinggal part sebelum ni ada dekat SINI.

Okeh Alkisahnya...


Aku dapat mesej lagi, then mesej tu macam yang kat bawah ni. Aku dapat text ni bertarikh 21 February 2014 | 09.53 PM.

MARA : TAHNIAH! Anda Berjaya ditawarkan Jawatan Guru Mara. Info lanjut sila semak dan hubungi nombor yang berkaitan untuk pertanyaan.

Sebenarnya masa dapat mesej ni aku tengah tidur dan baca mesej dalam keadaan yang sangat mamai. Dulu aku memang tidur awal sikit kalau penat sangat balik kerja. Nanti memalam aku terjaga  baru bangun mandi dan keluar makan ke apa. 

Masa tu jantung aku berdegup kencang. Eh betul ke ni dapat? Takkan dapat via mesej je?? Terkial-kial aku cuba bukak webiste Mara dan cek status aku dengan internet HP aku yang semput tu. Alhamdulillah memang betul dan sahih mesej aku dapat tu. Tapi bila aku tengok penempatan dia? Korang rasa apa yang aku buat lepas tu??

Aku terus menangis meraung!! Meraung macam naik gila tersedu-sedu. Hihi. (Bila fikir balik macam orang sewel)

Entahla, sukar untuk digambarkan. Yerp memang aku gembira pada rezeki yang Allah bagi, tetapi banyak benda yang akan aku tinggalkan dekat Semenanjung ni. Apatah lagi dengan aku dah mula untuk persiapan majlis kahwin, macam mana nak berdepan dengan hidup berjauhan dengan suami kelak. Sedih! T_T 

Aku gagahkan diri dan emosi bagitau family aku. Bagitau adik beradik dekat wassap group. Bagitau emak dan kawan-kawan rapat. Jugak kawan sepejabat yang memula dia down sebab aku akan berhenti tak lama lagi. Sorry Kak Saf! Sebab banyak tinggalkan kerja secara tiba-tiba. 

Tapi... aku tak berdaya untuk bagitau Mr. N. Sungguh! Aku rasa serba salah dan sedih. Tak tau macam mana nak bagitau. Sebabnya... dulu kami ada sedikit pertelingkahan yang dia merasakan bahawa masih ada banyak lagi rezeki di bumi KL ni. Kenapa aku perlu pergi jauh? Kenapa perlu aku sanggup untuk pergi intebiu kat Penang tu. Jugak dia pernah meluahkan dulu, dia agak sukar untuk menerima hubungan jarak jauh. Serba salahnya. 

Jugak sebenarnya dua hari sebelum aku dapat tawaran ni, bos aku ada tanya. Apa cerita intebiu Mara awak tempoh hari? Aku pun jawab, tak ada rezeki kot. Senyap je. Bos aku cakap, belum 6 bulan lagi kan. Ada la tu nanti. Tak sangka pulak masin mulut bos aku. Dua hari lepas tu terus aku dapat keputusan yang aku berjaya temuduga.

Tapi disebabkan aku tak cukup notis sebulan, maka aku pun tak bergaji bulan itu. Menangis berlagu-lagu aku dibuatnya. Entahla, sebenarnya depends on company. Ada je company yang takkan kita perlu bayar denda sebab kita dapat tawaran kerajaan. Melainkan kalau kita berhenti kerja sebab dapat tawaran dari agensi yang bukan kerajaan.

Biasalah kalau dah kerja bertahun, ada tanggungan yang perlu dibayar. Nak modal ke Sarawak lagi. Macam-macam benda nak fikir. Tapi alhamdulillah family dan Mr.N banyak tolong apa-apa yang patut. Bagi belanja pada orang tua macam aku. Terima kasih sekali lagi.

Tak lupa jugak ada yang terkejut apabila aku menjadi seorang pendidik sekarang. Seakan macam tak percaya mana aku boleh dapat semua ni. Bertanya beriya terkejut bagai. Sedangkan waktu aku belajar dulu, aku bukan dari kos pendidikan. Tapi mudah je untuk aku rungkaikan di sini, rezeki Allah nak bagi. Cuma rezeki yang aku dapat ni agak lambat.

Ada seperkara lagi yang aku nak luahkan, bukanlah untuk membangga diri. Tetapi, apabila memikirkan dulu-dulu waktu aku masih di tangga universiti dan hidup bersama coursemate. Aku bukanlah dalam kalangan yang sangat bijak pandai. Aku cuma orang biasa-biasa je yang terkadang culas dalam banyak perkara.

Then.. ada sorang coursemate aku ni. Dia sejujurnya tidaklah sangat rapat dengan aku. Tapi tak ada lah tahap tak bertegur langsung. Tapi dia ada inbox aku dan dia cakap " Ety... antara coursemate kita. Kau sorang je yang berjaya jadi cikgu. Aku bangga dengan kau". Ya Allah,  entahla. Kenapa aku rasa sedih dan sangat sedih eh?  Mengada sungguh aku ni!!

Sukar untuk dinyatakan dengan kata-kata. Memang aku juga seorang guru sebelum ini, tapi dalam bidang yang lain. Sangat lain. Abaikanlah. Hmm. Hanya mereka yang tahu jatuh bangun aku, apa yang aku pendamkan sampai sekarang. Mungkin mereka akan rasa apa yang aku rasa. HEHE. Ah sudah sedih sangat kenapa aku ni.

Semua orang berpeluang sebenarnya. Cuma kita ni je kena berusaha untuk dapatkan apa yang kita nak. Sebab sebelum ni aku ada apply cikgu PERMATA, tapi tak dapat pun. Kawan aku yang sama-sama apply, dan aku suruh dia apply. Dia yang dapat. Sedih jugak masa tu. Isi SPA tapi tak pernah lepas pun, panggil untuk test pun tak pernah, apatah lagi intebiu kerajaan. Aku isi SPA dari lepas SPM tapi dalam mimpi pun tak pernah ada bayang. HEHE. Tapi ikhlaskan hati dan percaya bahawa perancangan Allah itu sangat cantik.

Begitulah alkisahnya macam mana reaksi aku bila dah dapat tawaran tu. Banyak merepek kan. Nanti aku sambung lagi, macam mana pulak cerita aku bila dah dapat, pergi kursus dua minggu, terbang dan melapor diri di bumi Mukah yang aman ni.


P/s waktu taip entry ni aku tengah dengar lagu Najwa Latif Adamu. Eh kenapa aku sebak nak nangis ni?? Kenapa oh kenapa. ='(


Ikhlas,
Anita.


Comments

Chekgu Azrine said…
all the best for u sis..
Teratak pena said…
Tahniah dik! rezeki usah dilepaskan..
Cik Anita said…
Cekgu Azrine. Thanks ya! =)
Cik Anita said…
Terima kasih Kak Siti. InshaAlllah! Doakan permudahkan urusan saya.
bestnya..

patutlah pindah jauh..

wah nak khwen dh.. nk order crft kabor naa. kih2.
Unknown said…
Tahniah Anita...Berkobar2 baca entri Anita ni coz saya minat sangat dengan dunia pendidikan. Tapi dah banyak kali aply tak dapat2...takda rezki...T_T

Popular posts from this blog

Teka-teki dan Jawapan

Pantun dua kerat 30

Selesai SUMASA