Perihal Putus-Putus Tunang...
Assalamualaikum...
Lama dah aku tak bergosip kat sini pasal artis. Terdetik nak cerita pasal sayangku Ally nih. Malam tadi tengok cerita gosips-gosips kat galaksi TV9, terkejut sungguh aku rupanya Ally Iskandar dah putus tunang. Sejak bila ye? ketinggalan zaman betul aku ni. Sebab aku ni memang minat gila dengan Ally Iskandar dengan style dia yang ala-ala macho tapi malangnya sedikit rendang.
.sumber pendapatn.
Bila part last masa wartawan tu tanya Ally pasal ex-tunang dia Aisyah. Ally cakap semoga Aisyah tu memperoleh seseorang yang lebih baik masa akan datang.
Jadi.
Aku simpulkan bahawa dorang ni putus tunang sebab Ally ni sibuk 24 jam. Then Ally ni jenis yang serius dan tak mampu nak melayan kerenah si tunang dia yang manja dan nakkan perhatian. Agaknya la. Lain-lain cerita wallahualam. Kalau dah tak serasi, buat apa tunggu lagi. Lebih baik pisah daripada rumah tangga bercerai berai kelak.
p.s Ally Iskandar sebenarnya tunggu aku.
Comments
by d way, tunang dia tu anak kepada RS akak masa kat UiTM Melaka dulu. Mmg lawa ah budak tu sbb tu leh masuk Gadis Melayu tu ari kan.
Tkpe la..takde jodoh la tu :)
takpe, saya d sini setia menunggu kad kahwin ye. sekian :p
Sedih jugaklah...
p/s: kena mulakan hari dgn happy.. heheh..
status orang syok sendiri cam gitulah die..hihi
cian Nita baru tau~ hihi
tulah. ada baca gak kat belog akak ritu. memang cantik eh dia, tapi macam manja2 kot orangnya? hehe
pndai2 aje :P
musim ke?
ishk. bunyinya seram!
eeehhhh sayang!
janganlah pengsan. kalau betul nanti camne? grrr.. berangan!
ok datang yeee! walaupun dari Perlis. pasti~
eh takla..
die yang tunggu aku..kui3
hurm.
kalau boleh elak lah perkara camni. tapi kalau dah tak leh nak go on? nak buat camne lagi kan..hm
ahh.
ko sibuk!
Ally aku je yg punya..huahua
itulah...
hurm. sebolehnya biarlah jodoh tu tak ada sebelum tunang. ni dah tunang baru rasa tak ada jodoh tu. melibatkan keluarga semua.
mintak2 dijauhkan..
mungkin la.
lagipun dorang baru rapat 3 bulan dah tunang terus. tu yg tak kena kot..tggu ar 3 tahun ke barulah jalan.