Segmen Masakan: Selera Kampung
Assalamualaikum...
.sambal belacan buah kuini. sedappppp!
Nak resepi?
Chef Anita kini kembali bersiaran dengan segmen masakan. Segman masakan yang aku nak bagi tajuk "Anita masak Entah Apa-Apa!" :D
Maaflah tuan Puan, TERtinggal seminggu episod masakan ku ini. Sebab minggu lepas masuk kebun carik pucuk ubi dengan tunggu buah kuini gugur, baru semalam jumpa jalan keluar. hihi. Tu yang baru kesempatan cerita pasal makan-makan. Ah merapu lebih.
Merapu sebab menu yang di masak-masak ialah seperti yang disiarkan di bawah. Menu kegemaran aku sepanjang zaman lah ni. Tekak orang kampung, jadi selera kampung lahhh. Makan nasik pun tambah-tambah. Tapi sebenarnya makan benda lain pun tambah nasik jugak. :D
.sambal belacan buah kuini. sedappppp!
.sambal udang limau purut.
Nak resepi?
Alah. Aku tak ada resepi khusus la. Apa yang ada kat dapur, aku masukkan je. Sebab tu kalau aku masak rasa dia tak konsisten. Kadang sedap kadang tidak. Tapi yang kali ni ada rasa lah, tak lah sedap sangattt. Tapi tak la tak sedap. Camne tu? keh keh keh.
Comments
kuini tu tak tahan..
pas makan,kompem ke toilet!! hahah..
Err..tatau naper, kekda tak sker sambal bacang/macang ke, kuinin ke, mangga ke. sbb masam ke apa ke tah, tp lebih sker smbl belacan pure tu. huhu
Ke toilet lah bagus.. hehe. kalau makan pelam? bukan sama ke effect die.
ikan kering ada. cuma malas nak goreng je..hehe
errr?
le. cam tu eh? jarang Nita nak jumpa orang tak suka makan buah kuinin ke macang ke.. hehe.Rugi lah camtu..sedappp tau! :D
Buah kuinin ni kan musim2.. jarang2 nak dapat makan sambal belcan yg camni :)
bisk.
buah bacang lain, buah kuinin lain bau dan rasa dia lebih kurangg. sedappp!
aah masak lemak putih biasa je.. Nita pulak tak pernah masak pucuk ubi cili api. sedap eh? camtu Nita nak cuba gak lah.. hehe.
Buah kuini mmg sedap!!! aah. yg sambal udang tu, tambah daun limau purut je..
hehe.kalau diet makan sikt jelah buat rasa2..
haaa? kau tak pernah dengar? biar benar????? sejenis buah yang bau dia sangat kuat dan wangi tu. ala2 macam pelam. sedara mara bacang. tau x?