Special day untuk Cik Ana tersayang!
Assalamualaikum.
Entry istimewa ni khas untuk Cik Norhana bt. Mahat sempena hari istimewa beliau. Selamat Hari Lahir yang ke 25! Wah.
Sebelum pergi jauh, meh aku nak bagi special gift kat ko. Special cake of the year for ur birthday yang ke 25 ni. Cantik tak? muahaha. Dah tak ada dah nak bagi kek terkejut-kejut tengah malam. Tunggu kot-kot lepas ni sebilik ke. Kan? Ye kok ye kalau ada rezeki. InsyaAllah.
kredit here.
(potong ye, pastu suap sendiri)
Bila lagi nak melangsungkan majlis?
Soalan aku yang sangat tidak digemari ramai dan juga tidak digemari oleh cik Ana ini juga. Aku memahami perasaan itu. Sebab seangkatan dengan beliau. Tapi aku sahabat baik tak apa tanya camtu,jangan orang lain yang tak ada kena mengena. :P
Aku harap ko panjang umur, murah rezeki dan perhubungan persahabatan kita kekal dunia akhirat InsyaAllah. Juga dipermudahkan urusan kerja kita dalam apa jua bidang. Juga jangan selalu gaduh-gaduh dengan Encik Cinta tuh. Jangan juga kuat jeles-jeles. Cool bebeh. :D
Masa type entry ni, sejujurnya aku sangat merindui kamu cik Ana. Sungguh! (sayu gila hati ni). Entah bila nak dapat duduk borak lama-lama dan dengar ko bergosip. Sebab aku memang suka dengar gosip hangat ko dengan Cik Ekin.
Jugak rindu saat kita berkepala hangin then automatk baik sendiri tanpa ada pujuk-pujuk. Nak ikutkan dulu rasa menyampah dengan perasaan tu, perasaan yang entah pape tetiba nak berangin kan? Bila pikir balik, lawak lah pulak.
Jugak rindu saat bergelak ketawa sama, then nangis pun sama-sama. Tak sangka sebenarnya dapat kenal kawan baik cam ko ni. Ecewaaaah. Kawan baik yang sengal tapi sangat memahami. Eh, yeke? :)
Jugak perangai gila kita yang sanggup berkaraoke berdua kalau dah gian nak menyanyi walaupun duit dah nazak gila!Then sanggup tak makan keluar jalan-jalan. kui3. Serius malam tadi tu ko cakap ko pergi karaoke aku rasa, alahaiiii. Jeles lah.
Satu lagi pesanan aku, rajin-rajin belajar masak! Jangan asyik nak kemas rumah aje. Kena rajin jugak kemas dapur tu.
Ha, doakan aku cepat-cepat jumpa pengganti! Rasa jeles lah tengok ko bahagia. Aku ni entah bila, asyik berduka lara tak sudah. Penat otak dah.
.picca masa konvo tempoh hari. rindu*
.picca masa shopping dulu-dulu. rindu lagi*
Okelah, sekadar itu yang aku mampu untuk bahagiakan ko di hari bahagia ko hari ni. Dah macam karang surat cara entry yang aku buat ni.
I Love You So Much More Ana! :)
Ikhlas,
Anita.
Comments
selamat hari lahir ana~
semoga persahabatan tu tak kan putus,insyaAllah.