Posts

Wordless Wednesday: pink + merah

Image
Assalamualaikum... Lama dah aku tak letak picca yang berkaitan dengan Wordless Wednesday! Oke. Aku hanya nak cakap jeng... jeng...jengg..jengg..jenggggg.. (bunyi drum yang menggemparkan) eh gempar lah sangat! Oke. Silalah tafsir sendiri picca di bawah. Tunggu bulan depan baru aku terangkan! Hihi Bye! (hati bunga-bunga seharum bunga kertas) p/s: baru aku perasanm love aku buat tu macam tak centre. macam senget lah. kan?

Majlis Pertunangan Si Adik!

Image
Assalamualaikum... Kalau tadi aku cerita pasal akak aku yang selamat bernikah, sekarang aku nak cerita pasal adik aku pulak yang selamat bertunang dengan pengarang jantung hatinya. Alhamdulillah. Muka bahagiaaa~ .bersama bonda tercinta. Bertunang sama hari dengan kakak aku nikah, cumanya majlis adik aku sebelah pagi. Then majlis nikah akak aku sebelah petang selepas zohor. Aku memang langsung tak sempat nak siap, nak tengok adik aku sarung cincin pun tak kesempatan. Makanya aku sangatlah huduh dengan tak mandi dan baju yang basah-basah sebab duduk kat dapur. Cedih betul. Pelamin boleh kongsi-kongsi untuk dua majlis. Jimat dan berbaloi-baloi. :D TAHNIAH lah pada korang ye. Kalau tak salah dan silap, adik aku ni bercinta start masa jaman monyet-monyet dalam tingkatan 2 ke 3 camtu. Alhamdulillah dah mengikat tali pertunangan pulak. Perjanjiannya setahun bertunang, maka majlis kenduri adik aku ni tahun depan lah. Akhir tahun la gamaknya. Tahun selepas tu pun mesti ada kenduri lagi, sebab k...

Majlis Pernikahan Kakak Tersayang!

Image
Assalamualaikum.. Banyak cerita yang aku nak kongsi ni, dari cerita kad raya yang tertangguh, dah raya pun tak sempat-sempat lagi nak aku kongsi kat sini. Kalau sempat, hari dan besok sila lah muntah hijau dengan post aku yang tanpa henti syok sendiri cerita entah apa-apa. Oke aku mulakan cerita hari raya dengan majlis pernikahan akak aku 5 Syawal yang lepas. TAHNIAH buat beliau kakakku Shima yang akhirnya menjadi isteri orang. Percintaan dorang dari form 6, then sama-sama masuk UPSI, kemudian sama-sama jadi cikgu, kemudian sama-sama kahwin. hehe. Dugaan tu memang sangat hebat lah aku rasa. Mana lah ada hubungan yang tak diduga, sedangkan lidah sendiri tergigit. Itu dia, abang ipar baru. Abang Hanip. Harap-harap boleh menerima keluarga kami yang sangat kepoh dan bising ni. Disebabkan abang ipar baru aku ni pun orang Jawa, harap-harap tak memilih bab makan-makan. hehe. Lepas kahwin akak aku ni dah nak pindah duduk Grik, Perak sana. Aduhai, semakin jauh la dengan aku. Kurang dah sorang k...

Kembali bertugas!

Image
Assalamualaikum... Oke jum kerja dulu dengan perasaan yang sangat malasssss. (siapkan kerja yang tertangguh dulu baru update belog ye) BYE!

Demam dan Raya

Image
Assalamualaikum. Semalam aku kerja half day, sakit perut ya amat-amat. Aku balik rehat pukul 12 terus dah tak balik opis. Perut sebelah kiri aku sakit yang lain macam. Then bila pergi klinik doktor cakap aku kena gastrik. Pelik rasanya kena gastrik, tapi bila fikir balik tak perlu nak pelik pun. Memang aku langsung tak jaga makan. Sekarang padan muka aku. Berguling-guling aku sambil meleleh-leleh air mata semalam. Tapi dah duk sorang, tak ada sapa yang nak tolong picit-picitkan. T_T Hari ni sepatutnya aku MC. Tapi aku gagahkan diri untuk datang kerja jugak, sebab ada perkara yang nak disetelkan sebelum balik kampung besok. Nak jaga prestasi lah konon, almaklumlah aku kerja pun belum comfirm. Hurm. Nak raya tapi badan tak sihat. Ah. Memang tak best lah kalau camni. Susah nak kemas rumah kang. Oklah. Nak cakap banyak pun mood tak berapa nak best. Ha, kepada mereka-mereka yang dah nak gerak balik kampung hari ni. Selamat pulang ke kampung ye. Jaga diri baik-baik. Uc...

Edisi Kad Raya

Image
Assalamualaikum... Kad raya yang aku janjikan nak bagi pada mereka yang berkenaan Alhamdulillah ada yang dah sampai. Senang hati sket. Respons yang Nita dapat dari Kak Reen, Kak Siti, Yui & Kak Ita. Yang lain2 sila respons juga oke. Cumanya pada dua orang yang lambat respons email Nita, Myra dan Khairul. Maaf kad tak dapat disempurnakan dek kesibukan yang tetiba. Nak blogwalking pun langsung tak sempat sekarang ni. Jadi pada Myra dan Khairul, kad raya akan diganti dengan barang lain selepas hari raya ye. InsyaAllah. Oklah. Then kepada yang ada hantar kad raya pada Nita, maaf ye Nita belum dapat tahu sama ada kad tu dah sampai ke belum. Sebab hantar pakai alamat kampung, maka hari Ahad nanti Nita dah sampai kampung baru tahu. Jadi respons untuk bagitau kad tu sampai or tak, seminggu lepas raya. Maaf ye* Kecuali pada Kak Reen, sebab hantar alamat yang lain. Much love :)

Busy mode*

Image
Assalamualaikum... Bos pun berkata: " Tina, hantar report sebelum balik cuti kampung..." " Saya cuba siapkan. " " Mana boleh cuba-cuba. Saya cuma nak dengar boleh atau tidak saja." " Oke boleh bos! " *** Gulp. Aku pun telan air liur sebab konon-konon nak siapkan dan hantar lepas raya. Sebab tu aku buat tak pandang je dengan fail-fail ni. Penyakit carik sendiri namanya. Satu pun tak start lagi, tapi aku tetap jugak nak update belog. Hish. Ok bye! p.s eh! kad raya aku dah pos yer minggu lepas pada orang yang berkenaan.. kalau dah dapat sila lah bagitau aku. :)