Posts

Wordless Wednesday - Harapan

Image
Assalamualaikum. =) kredit - google Suatu hari nanti pasti semua orang akan mengerti apakah harapan ini.  Ikhlas, Anita

D.I.Y Goodies Beg Comel

Image
Assalamualaikum. Sekali lagi kita berjumpa dalam sesi orang yang nak kahwin! Kalau rasa malas layan, kita jumpa di entry yang lain. Ke entry lain pun tak nak ambik tau pun? *_* Alkisahnya... Idea yang aku nak buat ni sebenarnya, dah jadi trend sekarang ni. Semua orang memang dah familiar kan. Aku tak tunjuk pun orang dah ramai boleh  imagine. Antara contohnya goodies yang macam kat bawah ini. Aku memang nak buat yang ala-ala macam ni untuk majlis tunang nanti. Tapi kalau majlis sanding tak kot, sebab nak kena buat banyak sangat plak nanti. Siapa yang nak buat? Aku dahla jauh.  Pilihan pertama. Aku macam nak design yang simple macam kat atas ni. Oder tulisan & design ikut kita suka. Lepas tu stamp! Tapi kalau beratus nak stamp jenuh jugak tu.  Pilihan kedua Hokey, pilihan corak kedua yang macam ala-ala kat atas ni. Dah macam bendera negeri Selangor pulak aku tengok. Macam menarik maybe warna merah kuning tu. Pakai apa eh tu? Tapi macam leceh ...

Segmen Masakan : Menu bujang

Image
Assalamualaikum. Kembali segmen masakan dapur Cik Anita. Kalau ada sesiapa yang perasan, dulu aku ada buat segmen diri sendiri. Segmen masak-memasak yang entah pape. Tak sedap pun nak cerita kan? Konon nak cerita yang aku ni rajin masak. Maka dekat sini aku meneruskan hobi aku yang aku rasa skill makin hilang kelaut sebab lama dah tak ke dapur. Tapi menu simple ya amat, ikan goreng, sambal ikan & kobis tumis jeee.  Semua masin! Lori garam tumpah dekat rumah aku. Menu simple tapi makan bertambah? Aduhai.. Macam mana ni? Risauuuuu. Sebabnya aku tengah berdiet untuk majlis tunang aku yang sebulan je lagi. Risau kang badan nampak berisi. Risau je lebih, tapi tak jaga pun. Bosan lah aku ni. Huh. Ikhlas, Anita

Pernah dengar tak PESTA KAUL?

Assalamualaikum. Apakah itu Pesta Kaul? Korang pernah dengar tak apa itu pesta kaul? Sejujurnya aku tak pernah tau pasal pesta ni kalau aku tak datang kerja dekat sini. Entahla, ke sebab aku ni tak banyak membaca bahan sejarah atau ilmiah tu yang jadi tak tau. Perayaan yang sangat gelamor sebenarnya dekat Mukah ni. Lebih kurang macam pemujaan semangat laut kot kalau tak silap. Dari apa yang aku tanya dekat anak-anak murid aku.  Jum baca sikit apa itu PESTA KAUL. Pesta Kaul Mukah, tradisi yang menghimpunkan pelbagai upacara dan adat resam yang menarik dengan seribu keunikan akan berlangsung pada 21 - 29 April 2012 di Taman Kala Dana dan sekitar bandar Mukah. Pesta Kaul berbentuk keramaian masyarakat Melanau yang diraikan setiap tahun ini dahulunya adalah perayaan keagamaan masyarakat Melanau pagan untuk memohon restu daripada penunggu laut, darat, ladang dan hutan agar penunggu tidak mengganggu mereka ketika mencari rezeki. Dahulunya, pesta kaul lebih berbentuk r...

Makanan Kegemaran Sepanjang Zaman!

Image
Assalamualaikum. Dalam gambar mungkin nampak biasa. Tapi bagi aku ini lauk yang sangat luar biasa! Masa aku menaip ni pun merembes-rembes laju air liur aku. Sluurrrppp. Ya rabbi... a) Sotong sambal! b) Pucuk ubi tumis! c) Ulam petai! d) Telur masin! Lauk kegemaran sepanjang zaman! Alkisahnya, si sahabat baik aku cik Azie yang masakkan untuk aku. Bila aku lepas kurus dekat Bagan Lalang tu tempoh hari, aku singgah tidur sini. Maka cecepat dia terus pergi pasar beli barang masakkan untuk aku.  Aku waktu dia masak pung pang kat dapur. Aku baring dan tidur. HEHE. Betapa penatnya aku berkursus lah kan. Kebetulan aku terdemam pulak lepas kursus tempoh hari.  Maka aku berkasih sayang kejap dengan kawan aku ni.  Tau-tau bangun tinggal makan saja! Thanks again sayang. Aku tak ada bergambar yang senonoh pulak jumpa kawan aku ni tempoh hari. Maka aku letak la gambar kenang-kenangan dekat sini. Setelah beberapa tahun berlalu. Cepatnya ...

Terima Kasih Emak!

Image
Assalamualaikum. Nak teka tak apa aku dapat? Apa agaknya yang emak aku pos untu aku?  Cepat teka? Teka la? Malas teka? Ala... teka laaa..  HEHE  Pembayang pertama?? Pembayang kedua? Okey ini dia... * * * * * tadda... Sambal tempe!! HEHE. Sambal tempe pun nak pos? Mak aku pos sampai 5  kilo kauuu. Punya la berat sambal tempe. Belum lagi dengan harga pos dia. Boleh dapat tempe sebakul!!! Terima kasih emak. Sayang emak sangat. Nampak sangat anak emak ni anak jawa kan. hehe. Maka makan sambal tempe lah aku sepanjang hari. Ikhlas, Anita.

Alkisah berkursus di Bagan Lalang!

Image
Assalamualaikum. Baru aku berkesempatan nak cerita pasal kursus aku tempoh hari. So far best la sebab dapat balik semenanjung jumpa kawan-kawan walaupun tak dapat jumpa family. Best jugak sebab dapat makan sedap, walaupun terasa la sedikit penat ya ampun. Tapi walaupun seronok, mata aku tetap ngantuk masa kursus tu. Aku pun tak paham kenapa. Mungkin semua aktiviti indoor, maka tilam hotel melambai-lambai senantiasa.  Sebenarnya kan, ini la kali pertama aku ke Bagan Lalang. Sedih tak? Dulu walaupun aku duduk KL, aku tak pernah pun pergi. Tapi bila dah duduk jauh ni pulak dapat pergi. Pelik tapi benar. Kitorang terbang dari Sibu. Semua cikgu baru wajib pergi! Secara tidak langsung kami guru-guru baru ni menjadi sangat akrab. Sebabnya susah senang bersama kat sini. Lapan cecikgu bujang!  Aku antara cikgu yang tua umur sebenarnya. Mereka yang lain adik-adik belaka. Hehe.  Ada antara cikgu ni yang umur 22 tahun ye. Cuba teka mana satu yang sangat muda beli...