Posts

Hari 8 - pergaduhan paling terok yang pernah anda alami

Image
Assalamualaikum. Aku bukanlah pengganas untuk gaduh teruk bertumbuk bagai. Tapi aku rasa menyesal akan satu pergaduhan yang tidak disengajakan antara aku dengan adik aku. Setahun yang lalu. Pergaduhan yang aku rasakan sangat teruk dan tak matang dalam usia aku dewasa begini. Ye! Rasa yang menyesal amat-amat. Maafkan kakakmu ini wahai adikku sayang. Tidak perlulah aku menyatakan pergaduhan berpunca dari apa, cumanya perselisihan faham dan pendapat mengakibatkan kitorang sama-sama naik berang dan naik hantu. Jugak atas ketidak sabaran aku, aku telah melayangkan penampar siam kat pipi gebu si adik. Tapi dia langsung tak melawan. Hurm. Dan aku mendapat tahu juga dari satu pihak, bahawa adik aku sangat kecewa atas tindakan aku yang sangat kasar pada dia apatah lagi naik tangan. (menyesal gila) Sebenarnya kami sangat rapat dan berkongsi apa jua cerita, namun setelah kejadian itu kami seakan menjarakkan diri dan tidak peduli sesama sendiri. Aku yang sememangnya puteri air mata, beralih arah ...

Suasana rumah baru...

Image
Salam. Aku dah hampir seminggu duduk rumah baru. Tanpa tv. Tanpa kipas. Tanpa dapur. Tanpa peti ais. Tanpa almari. Tanpa toto. Tanpa mesin basuh. Dipendekkan cerita tanpa semuanya.. Yang ada hanya seterika! Nyawa untuk aku bekerja dengan selesa. Dan cerek elektrik untuk minum dan makan megi setiap malam. Baju-baju dan aksesori aku hanya susun di tepi dinding. Tudung-tudung aku hanya ikat di langsir tingkap. Setiap malam keadaan sangat sunyi sepi, rutin setiap malam aku ulang baca novel-novel lama ditemani bacaan yassin yang dialunkan oleh hp ku untuk menghindarkan rasa seram. Walaupun begitu keadaan sangat tenang dan aku sukakannya. Dan malam tadi... “Tuk tuk tuk..ketukan di pintu bilik.” Aku pandang sepi pintu tu. (aku baring di ruang tamu) Aku meneruskan bacaan novel dan aku terdengar lagi; “Tuk tuk tuk...” ketukan itu lagi. (siapa yang nak ketuk pintu bilik dalam rumah? aku dalam rumah sorang-sorang je...) Ah sudah! Aku akan seram lagi sepanjang hidup.... T_T bunyi apakah itu aku ma...

Hari 7 - tiga perangai baik anda

Image
Assalamualaikum. Tiga perangai baik? Satu: tak tahu. Dua: tidak pasti Tiga: tidak tahu lagi. Pabila aku fikir-fikir, macam dah tak ada perangai baik kat aku ni. Aku tak tau apa yang baik pada aku, sebab kebaikan kita kan orang lain yang nilai. Nanti aku cakap aku baik camni, barangkali ada insan lain di luar sana yang tidak mengakuinya. Tapi sukar sebenarnya mahu menilai diri sendiri? Apatah lagi menilai orang lain. Tapi aku merasakan, aku seseorang yang mudah memaafi walaupun telah disakiti. Juga tidak kedekut dalam perihal keewangan. Bergantung pada situasi kewangan lah jugak. Tiga, aku suka menyapu.hihi Empat, Mampu menjadi pendengar yang setia, disebabkan itulah aku rasa aku punya banyak sahabat baik. Tapi belum tentu orang lain mampu dengar aku punya cakap. Lima? Anda tentukan sendiri. :D (dah lebih tiga dah) *sebenarnya tak ada idea untuk menyatakan kebaikan diri sendiri. Aku pun kurang pasti dengan kebaikan aku ni. Baik ke?

Perihal jeles, terjeles, dan menjeles.

Image
Salam. Sebelum aku cakap banyak, aku mintak maaf pada seorang gadis yang aku kenal pasti baru-baru ini. Kalau kau rasa jeles dengan aku, apalah motif ko add FB aku. Aku jarang untuk approved orang yang aku langsung tak kenal. Tapi disebabkan aku kenal ko sebagai gf kawan baik aku. Maka aku approved ko dengan hati terbuka. Aku tau sebab ko add aku, ko nak tengok gambar boifren ko kan. Nak cek sama ada boifren ko tu ada amik gambar dengan aku ke tak. Ye. Sebelum ni aku memang dah private gambar-gambar tu, tapi disebabkan aku tau niat jahat ko tu. Maka aku bukak untuk tatapan ko sahaja. HAHA. Jahat gila aku! kau jahat, maka aku pun jahat. ;p (ini tak patut, sepatutnya kalau orang buat jahat kat kita, kita kena berbaik-baik sahaja.) Buat pengetahuan ko, aku tak ada niat pun nak sakitkan hati ko. Tapi disebabkan atas kejelesan kau tu, habis muka-muka aku di FB bf ko, muka aku di FB kawan-kawan bf ko pun kau suruh padam. Wth?? Habislah tak gelamor aku lepas ni. Ishk3 Aduhai. Cik abang awak j...

Hari 6 - tiga perangai buruk anda

Image
Assalamualaikum :) Perangai buruk aku? satu: MALAS lipat kain.maka otomatik dua: Tak pandai susun baju. Dan; tiga: Kuat lah haiiiii menangis! Yang part menangis tu aku paling menyampah. Tapi aku sukar nak bendung. Ada tips tak bagaimana untuk mengawal air terjun jatuh dari kelopak mata? Pasal yang kain tu, Mak aku selalu cakap “Pandai je bergaya tukar-tukar baju, tapi lipat kain tak pandai”. Ampun mak...memang tak pandai. Upsss.. memang jatuh saham aku sebab berterus terang kelemahan yang ini. Aku dah cuba sedaya upaya untuk lipat kemas-kemas, tapi kain tu tetap nak senget jugak. :D Jadi untuk mengelakkan kain aku nampak serabut, maka aku gantung je semua baju-baju aku. Ha teringat roomate aku dulu, memang aku tabik spring dengan dia kalau lipat kain. Mahu terhiris jari kalau terkena bucu baju dia. Oke done* Mintak 3 je kan? Kang kalau aku bagitau lebih-lebih habis lah jatuh saham aku. :D eh tapi macam nak cakap jugak yang aku ni boros dan kuat makan.

Hari 5 - status anda ? relationship anda?

Image
Kenapalah ada pertanyaan begini. Oke-oke! Status? Yeah COMPLICATED! a.k.a single ;) Malas ah nak cerita panjang lebar. Aku tau ada seseorang yang menanti dan kau tak jemu mencari aku 8x sehari (sebab aku kira). Cuma, aku MALAS.MALAS.MALAS. nak bagi harapan pada mana-mana lelaki sebab aku takut akan dikecewakan lagi! Penat lah. Bukanlah nak salahkan lelaki, tapi aku pun salah jugak. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan? Jadi sama-sama salah. Terpulang juga pada dia kalau nak salahkan aku. Redha jelah. Selagi aku belum bersedia untuk kahwin, maka aku malas nak carik sesiapa yang serius! Dats why aku kawan je dengan semua sorang. Kalau ko rasa nak perasan, perasan lah. Aku tak cakap i love you kan kat ko? Ko je sesorang cakap love u kat aku. Kejam kan aku. Risau sebenarnya dengan hukum karma sebab aku buat orang lain macam tu. Then aku pun akan kena dengan orang lain jugak. Tak mustahil kan? Dah terkena jugak ekceli. Tapi malas ah nak fikir. Abaikan. Sekarang ni, biar aku syok sendiri...

Hari 4- Benda yang anda buat bila sorang-sorang?

Image
Assalamualaikum. Aku rasa macam tak pasti apa yang aku buat bila sorang-sorang. Tapi kalau dah bosan keseorangan biasanya aku akan tidur lah. Then layan tengok tv, tak pun layan baca novel. Online? Benda yang aku rasa semua orang buat. Sama je. Tapi kalau ada duit lebih, aku akan pergi tengok wayang walaupun sorang-sorang. Pergi makan sedap-sedap. Itu dulu, sekarang dah kerja rasa penat je badan. Ah. Jawapan yang utama ialah TIDUR! Tidur memang syok. Oke. Tidur. Aku kunci jawapan ini. T I D U R!